Bebas. Akhirnya.. cuti raya telah pun bermula. Perasaan untuk beraya dengan sedara mara yang akan pulang ke rumah tok abah kali ini memang ditunggu-tunggu. Petang ini aku bercadang untuk ke rumah Siti. Nak pergi tengok baju raya aku tahun ni lah. Tak sabarnya….
“Diana!’’ namaku dipanggil seolah-olah aku kini berada di hutan. Suara kak Linda memang lantang. Kalau sekarang aku berada dekat hutan, dia lah tarzannya. “Ya!’’ aku menyahut akhirnya. “Turun cepat!’’ pekiknya lagi. Apehal pulak ni? Desisku. Aku turun ke bawah tapi di marahi pula olehnya. “Eh, pakai tudung! Tu mak su datang.’’ Kak Linda merunding jari ke arah kereta mewah yang kini berada di halaman rumah.
‘alamak! Dia tu datang beraya kat sini pulak. Rosaklah raya aku tahun ni.’ Cebikku. Khairil Hazran! Sepupu aku dari Johor Bharu. Sebenarnya dia cuma anak angkat Mak su. Masihku ingat ketika dia datang beraya di sini tiga tahun lepas. Argh! Sungguh… dia sangat menyakitkan hati. “Hoi, yang kau tercenggang kat sini ni buat apa?’’ teguran kak Linda membuatku pantas berlalu ke atas semula.
Rumah kayu aku kini riuh rendah rasanya biarpun hanya dengan kehadiran keluarga Mak su. Kata ibu malam nanti Along akan balik. Yes! Tak sabarnya nak tengok anak buahku yang baru. Yelah, along dah lama tak balik kampung sejak berkahwin dan menetap di Singapura. Rancanganku untuk ke rumah Siti pada petang itu terbantut di situ.
“Diana, boleh tolong Mak su tak?’’ suara Mak su menerjahku yang sedang asyik menonton televisyen. “Insyaallah, ada apa tu Mak su?’’ aku bangun dari tempat duduk. Mak su menghulurkan duit dua puluh ringgit. “Tolong pergi bazar belikan lauk-pauk untuk Haz. Dia tak makan gulai ayam kampung.’’ Balas Mak su. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit. Aku? pergi belikan lauk untuk dia? Sebab dia tak makan gulai ayam kampung yang sedap gila tu?
“Boleh aje Mak su, tapi… Haz kenalah ikut sekali. Tak kan lah D nak pergi sorang-sorang.’’ Aku sengaja. Hazran… jangan ingat kau boelh senang-senang nak arah aku ke situ sini sedangkan kau sedap duduk rumah goyang kaki. Ini bulan puasa tau! Angin aku memang tak cukup baik memandangkan aku pun berlapar dahaga jugak.
Huh! Melihatnya dengan rambut ala-ala k-pop tu pun dah buat aku naik menyampah. “Nah!’’ aku mecampakkan kunci motosikal itu kepadanya. Terkebil-kebil dia memandangnya. “kau nak sangat pergi bazar kan, so.. faham-fahamlah.’’ Ujarku. Aha! Kedengarannya kurang ajar tapi ada aku kisah? Tak kan aku pulak yang nak bawak motor ni. Kalau aku yang bawak maknanya sia-sialah rancanganku nanti.
“Dengan motor buruk ni?’’ soalannya memang membuatku panas hati. Motor buruk dia cakap? Hey.. dengan motor buruk ni lah aku berulang alik ke sekolah hari-hari tau. Okey aje! “Jangan nak mengada-ngada sangat. Motor tok abah zaman muda-muda lagi ni tau. Kau hina motor ni sama jer kau hina tok abah sebab tok abah sayang giler dekat motor dia ni.’’ Kata-kataku jelas membuatnya terdiam. Hehehe… saja je nak menyakat budak bandar yang belagak ni.
Tapi dia masih juga tidak bergerak. Berdiri di situ seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Kau nak pergi tak ni?’’ aku mulai mencekak pinggang. “Kau pergi sorang aje tak boleh? Nak kena teman-teman? Atau kau memang sengaja nak berdua dengan aku?’’ ujarnya pula. Ngeee…. Berdua-dua dengan dia? Eh please lah, kalau aku mati hidup semula pun belum tentu mahu.
“Dah kau yang nak makan, kau pergilah. Atau kau nak makan gulai ayam kampung?’’ tanyaku pula. Dia menggurut tekaknya perlahan-lahan. “Ee.. buat loya aje!’’ ujarnya. Aku mencebik. Loya konon! Makan makanan mat salleh yang entah apa-apa tu tak loya pulak? “Dahlah, kalau tak nak pergi. Nanti berbuka aku gorengkan telur mata sebijik dengan kicap.’’ Aku mulai melangkah untuk pergi tapi tanganku ditarik.
“Tak ada! Jom.’’ Dia menarikku kembali ke motor itu. Aku menarik tanganku kembali. Hampir beberapa minit berlalu dia masih juga tidak dapat menghidupkan motor itu. Eh Haz, kau ni lelaki ke perempuan? Bila enjin hidup dia masih juga belum menekan gear motor. “Tekanlah gear tu,’’ aku menyuruhnya. Apabila ditekan enjin pula yang mati. Aduh… agaknya sampai ke subuh tak dapat pergi bazar kalau mamat ni bawak motor.
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. ‘Nanti Mak su panggilkan Haz, tapi dia tak pandai bawa motor. Duduk belakang dia pandai.’’ Kata-kata Mak su tergiang-giang diingatanku. Yelah.. niatku tadi hanya untuk mengenakan Hazran aje. Memang sah, lelaki ini tak akan pernah mahu mengaku kalau dia sememangnya tidak tahu bawa motor. Kalau dah ego tu tinggai di awan memang susah nak turunkan. “Dahlah, malas aku nak pergi bazar.’’ Dia mengalah akhirnya. Sewaktu langkahnya untuk pergi tanganku pula yang menariknya.
“Tak ada, jom.’’ Aku mengulangi kata-katanya tadi. Dia membonceng di belakang. Kami berlalu dari perkarangan rumah. Sewaktu dalam perjalanan aku masih teringatkan minit-minit yang berlalu tadi. Aku tertawa sendiri. “Eh, kau kenapa? Dah gila?’’ Dia bersuara. “Kau lah buat aku jadi gila.’’ Balasku yang masih dengan sisa tertawa. “Maknanya selama ni kau memang dah gilakan aku lah yer?’’ kata-katanya membuat tawaku terus mati.
“Tak ada maknanya nak gilakan kau. Nanti boleh jadi gila betul-betul aku.’’ balasku. “Alah.. kalau tak nak mengaku tu cakap ajelah, tak payah nak buat alasan macam tu.’’ Katanya. “Kau tu yang tak nak mengaku, kalau tak reti bawa motor tu mengaku ajelah.’’ Kataku. Dia diam. Malulah tu. Aku mulai dihuni rasa bersalah. Tapi aku pun tak mahu berminta-maaf dengan dia. Dia pun tak minta maaf setiap kali sakitkan hati aku. Biarkan ajelah…
Selesai membeli lauk pauk yang diinginkan. Aku berniat untuk singgah ke rumah Siti. Dah alang-alang memang aku akan lalu di jalan rumahnya yang sama dengan laluan rumahku. “Eh, kenapa kau berhenti kat sini?’’ “Nak jual kau!’’ balasku acuh tak acuh. “Kau duduk sini.’’ Aku mengarahnya. Langkahku terus ke depan rumahnya.
“Assalamualaikum,’’ aku memberi salam. “Waalaikumussalam, Diana..’’ Siti menjawap salamku dengan senyuman. “Nak apa datang petang-petang ni?’’ dia sengaja menagajukan soalan itu. “Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..’’ balasku. Dia tertawa. Pandangannya teralih ke arah lelaki itu. “Eh, siapa tu Diana?” soalnya. “Anak Mak su aku.’’ balasku ringkas. “Oh.. yang masa kecik-kecik dulu tu? Kalau tak silap Hazran namanya.’’ Kata Siti. Aku mengganguk perlahan. “Bila dah besar ni nampak kacak juga orangnya. Kau tak berkenan ke D?’’ gelinya tekak aku mendengarnya.
“Terasa loya tekak aku Siti..’’ balasku. Siti ketawa lagi. “Kau jangan D, benci ni lama-lama jadi sayang. Tak elok benci orang lebih-lebih nanti jadi suami baru tahu.’’ Usik Siti. “Mintak jauh. Simpang malaikat 44. Dahlah, Siti.. baju raya aku mana? Aku nak balik dah ni.’’ Aku sengaja mngalih topik perbualan. Yelah, aku memang tak sukakan topik yang itu. Si Haz tu jadi suami aku? dalam mimpi pun tak hingin. Boleh hancur rumahtangga aku agaknya.
Siti masuk ke rumah dan kembali dengan membawa beg plastik. “Kau tengoklah dulu. Kalau ada yang nak diperbetulkan kau cakaplah.’’ Ujarnya sambil menghulurkan aku beg plastik yang berisi baju raya aku. Tersenyum aku melihatnya. “Tak adanya yang nak diperbetulkan. Aku yakin dengan khidmat kau.’’ Balasku. “Oh ya, berapa ni?’’ aku mengeluarkan beberapa not sepuluh tinggit.
“Macam biasalah D, aku tak berkira sangat dengan kau.’’ Katanya. “Eh jangan cakap macam tu Siti, kawan lain. Berniaga lain.’’ Aku menghulurkan tiga puluh ringgit. Dia masuk ke dalam dan menghulurkan bakinya kepadaku dua ringgit. “Nah bakinya.’’. “Terima kasih Siti. Raya nanti jemput ke rumah yer.’’ Aku bersalaman dengannya sebelum melangkah ke motorku.
“Kalau aku reti bawa motor ni memang aku dah lama aku tinggalkan kau kat sini.’’ Hazran membebel. “Tak apa, nanti aku ajar kau naik motor. Bayarannya mahal sikit sebab kau ni musuh aku.’’ balasku pula. “Tak perlu. Aku ada kereta.’’ Dia sudah mula berlagak. Yelah, anak orang senang kan. Pada usia 20 tahun dah pakai kereta sendiri. Aku pulak masih lagi belajar, ke sekolah pun bawak kapcai ni jer. Nak tandingi dia? Memang tak lah…
“Nah! Pegang ni. Tak muat nak letak dekat sini.’’ Aku menghulurkan kepadanya. Kami pun berlalu pergi.
Malam itu kami berbuka bersama. Gulai ayam kampung masakan tok abah memang terbaik. “Memang sedaplah gulai ayam kampung ni, dah lama tak merasa air tangan tok abah.’’ Kata Pak su. Tok abah tersenyum kecil. Selesai menunaikan solat maghrib, Ibu mengajakku sembahyang terawih bersama. Aku ingin mengikut ibu memandangkan ini adalah minggu terakhir kami berpuasa. Aku mengintai bilik tetamu. Kemana si Hazran ni? Lepas berbuka terus aje lesap entah kemana.
“Cari siapa D?” tegur Mak su. Mujur masih kuat jantungku. Kalau tak, memang dah go on tadi. Yelah, dengan memakai kain telekung sembayang warna putih dengan tiba-tiba muncul. siapa yang tak terkejut? Aku mengomel sendiri. “Haz mana Mak su?’’ tanyaku perlahan. “Oh, Haz? Dia masih dekat tandas. Sakit perut katanya.’’ Balas Mak su. Aku mengganguk perlahan. Iya ke sakit? desisku pula. “Tapi dia nak ikut sembayang terawih ni. Em.. D tunggu dia kejap pergi sekali.’’ Pinta Mak su pula.
Mahu tak mahu terpaksalah aku tunggu si hazran tu. Kalau ikutkan hati memang tak mahu. Tapi apa boleh buat. Hmm… aku menompang dagu di atas tangga. “Weh, apa kau buat kat sini? Mama aku mana?’’ suara lelaki itu muncul lagi. “Mama kau dah pergi dulu tadi. Dia suruh aku tunggu kau dekat sini.’’ Balasku. Dia turun tangga tergesa-gesa. “Ee.. daripada berteman dengan kau baik aku pergi sorang-sorang!’’ ujarnya. Langkahnya sudahpun meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.
Ish! Langsung tak reti nak hargai orang. Menyesal aku tunggu kau kat sini tadi. Menyesal! Jeritku dalam hati. Baru saja langkahku ingin bergerak aku melihatnya berlari ke arahku lagi. Ni apehal pulak mamat ni? Dah kena sampuk ke apa? Tadi bukan main lagi tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. “Apehal kau ni?’’ soalku. “Ah! budak-budak kampung kau tu lah. Sesuka hati baling mercun. Nasib baik tak kena kepala. Kalau tak, tak beraya lah aku.’’ termengah-mengah jawapnya. Terkekeh-kekeh aku ketawakan dia. Mukanya kelihatan berang. Aku masih tidak dapat menahan rasa lucu itu. Lari dari mercun rupa-rupanya. Itulah balasan namannya. Lain kali jangan buat orang lain sakit hati.
Aku mulai melangkah meninggalkan dia. Budak itu masih suka menyakat Hazran memandangkan tadi Hazran sudah lari lintang pukang kerana takutkan mercun. Bukan mercun bahaya pun, setakat mercun kotak ni pun dah takut. “Eh, kau jalan depan aku boleh tak? Rimaslah.’’ Aku menyuruhnya ke depan. “Tak nak aku. nanti bebudak tu baling mercun lagi.’’ Balasnya pula. Aku tersengeh. “Tak adanya bebudak tu nak baling mercun. Diorang dah balik dah.’’ Kataku tenang. padahal aku tahu budak-budak hanya menyorok di sebalik pohon bunga itu.
Dia memandang sekeliling. Memang tak kelihatan lagi budak-budak yang mengacaunya tadi. Sebaik sahaja langkahnya ke depan. Pommmm! Mercun itu terkena pada kain pelekatnya menyebabkan kainnya hangus terbakar. “Eh, api! Api’’ aku pantas mengambil mayang pinang yang ada di pinggir jalan untuk memadamkan api. Alah sikit aje pun. Tapi mukanya sudah berpeluh sakan. Aku tertawa lagi.
“Ah! sudahlah kau. Kain aku dah hangus macam ni kau masih aje nak ketawakan aku.” dia tidak jadi untuk ke surau sebaliknya mahu pulang ke rumah. Tiba di surau pun aku masih tak dapat lupakan peristiwa itu. Sisa ketawa pun masih belum hilang kerana Hazran.
Hari ke 6 sebelum raya…
“Alolo.. comel nye anak along
ni. Muka dia sebijik macam along masa kecik.’’ Pujiku sambil mengendong tubuh
anak kecil yang baru berusia 9 bulan. “Comel aje macam along, tapi perangai
macam kak Farah.’’ Kata Along sambil menjeling ke arah kak Farah. Aku tersenyum
kecil. “Ada-ada aje lah along ni. Bella ni masih budak lagi.’’ Kataku pula.
“Yela budak, kuat merengek, mengada-ngada, sebab itulah along cakap macam kak
Farah.’’ Along masih menyakat kak Farah.
“Bila masanya saya merengek? Mengada-ngada?’’
kak Farah masuk perangkap along. “Tak kan nak buka rahsia awak kat sini, nanti
lepas berbuka saya cerita depan tok abah sekali.’’ Kata along. Sekaligus,
melayang satu cubitan ketam singgah ke lenggannya. “Aduih! Sakitnye yang…’’
along mengadu sakit. “Tak sakit? meh nak bagi lagi..’’ kak Farah sengaja
menunjukkan tangan pengepit ketamnya. “Tak nak, tak nak, tak nak,’’ dia
bergegas pergi dari situ.
“Sebenarnya dia tu yang merengek,
mengada-ngada. Tengok tu, cubit sikit dah sakit macam orang nak beranak.’’
Bebel kak Farah. Aku terkekeh-kekeh ketawa. Perangai along memang tak akan
berubah. Kak Farah minta aku untuk jaga Bella sementara dia menolong kak Linda
di dapur. Aku memang sukakan budak-budak tapi aku benci dengan orang yang
perangai macam budak! Mataku beralih ke arah Hazran yang sedap melingkar di
depan televisyen.
Amboi-amboi sedapnya si Haz tu tidur.
Lagaknya macam tv yang tengok dia. Bukan dia yang tengok tv tu. Ni macam kes
dia yang bayar bil elektrik rumah aku tiap-tiap bulan. Geram pulak aku tengok
dia lama-lama. Rasa macam nak hempuk dengan… ha, ni dia. “bella, pimjam kejap
yer, mak su nak kejutkan abang Haz.’’ Bisikku ke telinga anak kecil itu. Patung
itu melayang memang kena tepat pada sasarannya.
“Diana!’’ dia menjerit namaku kerana tahu
memang kerja kerja aku yang selalu mengusiknya. Aku berpura-pura tidak tahu.
Dengan kepala yang masih mamai dia menghampiriku. “Kau yang baling ni kan?’’
dia menunjukkan boneka patung itu yang berada ditangannya. “Bella yang main
tadi.’’ Aku menjawap selamba. Dia mencemuh. “Eleh kau ingat aku tak dengar kau
cakap apa tadi?’’ ujarnya pula.
“Bella, pimjam kejap yer, mak su nak kejutkan
abang Haz.’’ Dia mengulangi kata-kataku tadi. Aku terkedu mendengarkan dua
perkataan akhir itu. Abang Haz? Terus merah padam muka aku. “Kau nak apa
kejutkan aku?’’ soalan yang keluar dari mulutnya melegakan aku. nasib baik dia
tak perasan. “Nak suruh kau main dengan Bella.’’ Kataku. Dia mengangkat tangan.
“Sorry, aku tak suka budak-budak.’’ Ujarnya dan ingin sambung tidur.
Aku mulai berang. Nak tidur balik? Memang
datang kampung aku untuk bersantai-santai macam ni ker? “Tak suka budak. Eleh,
satu hari nanti jadi bapak budak jugak. Masa tu aku akan perli kau
cukup-cukup.’’ Kataku geram. Sambil meletakkan tangan di atas kepala dia
tersenyum. “Cakap suka budak. Kalau suka beranak sendirilah.’’ Ujarnya pula.
“Beranakkan untuk kau?!’’ suaraku meninggi. Dia spontan bangun meniarap
memandangku.
“Apa kau cakap? Beranakkan untuk aku?’’
soalnya. Aku terdiam. Bella menjadi tempat untukku mengalihkan perhatian. “Ada
hati jugak kau dekat aku ya?’’dia tekekeh-kekeh ketawa. Sakitnya hati aku.
kenapalah mulut ni cakap benda yang mengarut macam tu depan dia? Kan dah salah
faham. “Kau ni perasanlah. Aku tak ingin pun dengan kau. Kalau semua lelaki dah
pupus kat bumi ni pun belum tentu aku akan pilih kau ladi laki aku.’’ tegasku.
Dia masih ketawa. Aku bangun untuk pergi
kerana aku memang tak mahu mendengar hilaian tawanya yang boleh memecahkan
gegendang telinga aku. Buat sakit hati!
Suasana malam itu memang meriah sekali.
Iyalah, bukan selalu sangat keluarga kita dapat berkumpul bersama seperti
sekarang ni. Bila dah ramai-ramai macam ni, hatiku mulai sayu teringatkan arwah
abah yang hampir 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Sejak kematian abah
jugalah aku, ibu dan juga kak Linda tinggal di rumah tok abah. Ya allah, betapa
rindunya aku pada abah. Semoga dia dicucuri rahmatMu ya Allah.
“Ni kenapa tetiba saja muka macam tin sardin
kemik ni?’’ usik Pak su. Aku terdengar hilaian tawa Hazran. “Eh, tak ada apalah
Pak su. D Cuma teringatkan arwah abah.’’ Balasku. Mati terus tawa Hazran
mendengarkan jawapanku. Aku melihat wajah ibu, along, dan kak Linda turut
berubah. Alah.. ni aku punya pasal lah. Kan dah rosakkan suasana. “Jangan
dikenang apa yang berlalu, Inalilahwainalilahirojiun… kita milik Allah s.w.t.
yang hidup pasti akan mati, kita yang masih diberi nikmat untuk bernafas dan
mengerjakan ibadat untuk ke jalanNya yang kekal abadi. Doakan untuk mereka yang
tiada dan jangan dikesalkan apa yang dah ditakdirkan.’’ Mendatar sahaja suara
Tok abah menasihati. Aku mengganguk perlahan. Kita milik Allah.
Hari ke 5 sebelum raya..
Hazran kelihatan sibuk bermain laptopnya.
Entah apa yang ditengoknya dalam laptopnya itu. Aku cuba mengintai di balik
langsir pintu biliknya. “Adoi.. macamana nak bukak facebook kalau line sebijik pun tak ada? Ish! Kuno lah kampung
ni.’’ Aku mendengar omelannya. Amboi, sesedap rasa dia jer cakap kampung aku ni
kuno. “Apa kau cakap? Kampung aku ni kuno?’’ aku menrejah masuk ke dalam
biliknya. Dia terkejut.
“Kau ni apesal hah sesuka hati masuk bilik
orang, dah tu curi dengar apa orang cakap.’’ “Kau tu yang kutuk kampung aku.
Aku memang pantang kalau bab mengutuk ni.’’ Kataku lagi. Dia mencebik. “Dah
memang betul. Zaman kuno tak boleh main internet. Hah! Samalah dengan kampung
kau ni.’’ Katanya pula. “Zaman kuno tu tak ada orang nak main internet. Diorang
buat amal ibadat.’’ Jawabku. Dia diam. Menahan emosi.
“Habis, memang betul lah kampung kau ni
kuno.’’ Dia bersuara lagi. Aku pula yang menahan emosi. Sabar-sabar D.. bulan
puasa. Tak baik bergaduh ni, lagi-lagi dengan sepupu yang sememangnya musuh
tradisi ni. “Kau nak cari line sangat kan? Kau pergi kat padang, kat situ ada pondok.
Hah, kat situ kau boleh lending-lending lepas tu kutip berapa banyak line yang
kau nak.’’ Saranku. Jelas dia terkedu.
“Kau sengaja nak kencing aku kan?’’ katanya
pula. “Astafirullahalazim….. kencing kat mana pulak ni?’’ aku terkejut.
“Dahlah, ikut aku. tunjuk kat mana padang yang ada pondok tu. Aku nak bukak
facebook!’’dia mengambil laptopnya sekaligus menarik tanganku. Setiba di situ
dia membuka laptopnya. Mukanya tersenyum lebar. “Kan aku dah cakap line memang
bertaburan kat padang ni. Aku sorang jer dapat tengok line tu berlari
berkejaran dekat sini.’’ Kataku dengan bangga. Dia menjuih bibir.
“Dah tu pergilah balik. Aku tahu jalan balik
nanti.’’ Katanya. Angin yang bertiup saat itu terasa panas. Kau halau aku
balik? Ini sudah lebih ni… aku mengambil tempat disisinya. “Tak ada maknanya
aku nak balik. Jauh-jauh aku datang kat sini kau suruh aku balik. Aku dah
tunjukkan tempat ni, so aku nak main laptop kau kejap lagi. Aku pun ada
facebook jugak!’’ Kataku pula. Air mukanya terus berubah. “Ee, suka hati kau
lah!’’ balasnya acuh tak acuh. Pandanganya sudah beralih ke skrin laptop.
Sementara aku hanya memandangnya. Sesekali melihat dengan siapa dia tengah
berchating tapi pandai pula dia menutup ruang.
Hampir setengah jam, barulah tiba memberikan
laptopnya kepadaku. Dia ingin berlalu pergi dari situ katanya sakit perut. Baru
sahaja aku nak tekan log in di laman facebook beteri laptop sudah tinggal 7
peratus. Arghh! kurang asam kau Haz! Beteri dah low baru dia bagi aku?
“Hazran!!’’ jeritku tapi dia sudah jauh ke hadapan. Berpaling dan menjelir
lidah kepadaku. Hah? Berani dia jelir lidah dengan muka yang buruk tu dekat
aku? Kali ini memang aku betul-betul tak boleh sabar. Tak apa, kau
tengoklah pembalasanku kejap lagi. Tunggu…
Pom! Pam! Pom! Bunyi mercun di halaman rumah.
Aku puas hati dapat menyakitkan hati Hazran. mukanya sudah merah padam akibat
menahan marah. Dia menutup rapat telinganya sejak dari tadi. “Eh, kau ingat ni
dekat pelestin ke hah?!’’ marahnya. Aku mencebik. “Eleh, mercun kotak pun
takut, kau ni budak laki ke perempuan?’’ kataku pula. “Tak kisah lah laki ke
perempuan, kau tu yang perangai macam jantan. Main mercun macam kera kena
belacan.’’ Katanya lagi. Bagai tersirat darah terus ke muka. Aku mulai bengang.
Sebatang aku nyalakan lalu ku baling tepat ke arah arahnya. Baru saja kakinya
ingin melangkah tapi memang dah meletop di kaki.
“Arghh! Aduhh…’’ dia mengaduh sakit. Alamak!
Aku terkedu. Terus jatuh kotak mercun yang ada ditanganku. Kena kat kaki dia
lah. Macamana boleh kena tepat pada sasaran ni? Aku berlari anak ke arahnya.
“Kenapa kau tak lari tadi?’’ marahku. Aku pula yang rasa nak marah. Iyalah, dah
tahu aku nak baling mercun ni kalau perlu larilah macam atlet. “Ke tepilah kau,
aduh.. sakitnya kaki aku.’’ dia masih sakit. aku melihat kakinya. Hurm.. tak
adalah kuat sangat pun. Merah sikit aje tu. Dasar memang anak manja!
“Kejap aku ambilkan ubat. Manja!’’ aku
berlalu ke dalam rumah. Mengambil first aid kid di bilik ibu. “Nak buat apa
dengan kotak ubat tu Diana?’’ pertanyaan kak Linda membuat aku tersenyum
kambing. “Kenapa?’’ dia buat muka kosong. “D main mercun tadi, terkena Haz.
Tapi sikit aje.. dia tu yang manja.’’ Aku memberitahu. Kak Linda sekadar
mencebik. “Hmm.. apa-apalah, manja-manja
pun asyik berkepit jugak!’’ selamba ayatnya dan terus berlalu ke dapur. Aku
terkedu. Yelah, sejak hari pertama dia ke sini aku dengan dia tak pernah
berenggang.
“Sini aku tengok.’’ Aku duduk di sebelahnya.
Dia tidak mahu aku sapukan ubat sebaliknya mahu meyapunya sendiri. ‘Manja-manja pun asyik berkepit jugak!’
entah mengapa suara kak Linda berputar bagaikan pita rakaman ditelingaku. Aku
menggeleng tanda tidak percaya. Aku mahu segera ingin pergi tapi Hazran menarik
tanganku. Ish! Apehal lagi ni?
“Kau belum minta maaf lagi, jangan ingat kau
boleh blah macam tu aje.’’ Katanya
tegas. Aku ternganga. Minta maaf? Dengan Hazran? ohh… tidak. Ini tak mungkin.
Aku ingin menarik tanganku kembali tapi tangannya memang kemas memegang
tanganku. “Hoi, sakitlah tangan aku.’’ aduh aku pula. “Ada aku kisah? Ni bulan puasa tau. Kalau dah
buat salah tu, minta maaf lah cepat.’’ Dia mengingatkan. Aku mengeluh lemah.
“Yelah, yelah. Aku min-ta ma-af.’’ Kataku
dengan mengejanya perlahan.
Dia melepaskan tanganku. “Aku maafkan, tapi
dengan syarat..’’ balasnya. Aku mengeluh lagi. Nak maafkan orang pun kena pakai
syarat-syarat? “Syaratnya, jangan kacau atau ganggu ketenteraman aku selama aku
kat sini. Anggap saja kalau aku tak wujud.’’ Sambungnya lagi. Aku mencemuh.
Kalau boleh anggap dia tak wujud, memang dah lama aku buat. Yela aku pun tak
mahu asyik berkepit dengannya seperti yang dikatakan oleh kak Linda.“Okey! Tak
ada masalah. Aku pun tak hingin dekat-dekat dengan kau. Tapi satu aje, jangan
cari pasal dengan aku. kalau tak, memang aku akan ganggu ketenteraman kau dekat
sini.’’ Aku mengingatkan dia.
Hari ke 3 sebelum raya
Ibu, kak Farah, Mak su dengan Pak Su sejak
dari pagi lagi ke bandar cari baju raya. Tingal aku, kak Linda, Tok abah dengan
Hazran aje kat rumah. Hmmm… terasa bosan pulak kalau tak dapat bergaduh dengan
si Haz tu. Tapi dia kemana yer? Sejak dari pagi lagi aku tak nampak batang
hidung dia. Jangan-jangan dia memang nak lari dari aku tak? Huh.. kalau kau
lari, kau ingat aku nak kejar? Sorry to say lah..
“Diana!’’ pekik kak Linda. Aku mengeluh.
Agaknya bila yer David Teo nak terbitkan cerita Tarzan women. Aku teringin
jugak nak tengok kak Linda berlakon. Ish.. mesti dapat anugerah pelakon wanita
terbaik. Yelah, lakonan dia mesti nampak menjadi apabila dia menjerit.
“Diana!!” namaku dipanggil lagi. Hah! Dengar tak? Kalau tarzan dah panggil
untuk ke second round maknanya aku akan jadi gorilanya kejap lagi. Ee.. seram
tu. Baik aku pergi cepat.
“Yer, ada apa kak?’’ aku menjawap sopan
sedangkan tadi sesedap rasa aku mengutuk dia. Mukanya kelihatan berserabut.
“Kau ni buat aku sakit tekak aje, panggil kau macam nak panggil orang pekak!’’
omelnya. Aku terkekeh ketawa. Itulah.. kan dah sakit tekak. “Lain kali tak
payahlah jadi tarzan kak oi.. Diana
bukannya pekak.’’ Balasku selamba. Muka kak Linda berubah. Dah jadi macam
singa.
“Kau cakap aku apa tadi? Tarzan? Meh sini tarzan
nak bagi penumbuk. Aku baru habis tengok Kung Fu Hustle semalam, meh sini.’’
Dia menunjukkan buku limanya. “Eh, Diana gurau ajelah. Kak Linda ni, ambik
serius sangat.’’aku takut. Kalau dalam Kung Fu Hustle tu mesti kak Linda jadi
yang perempuan bersuara macam singa tu. Hahahaha!
“Tu kenapa kau sengih-sengih? Mengata aku?’’
ujar kak Linda lagi. “Eh mana ada.’’ Aku terus mematikan tawa. Macam tahu-tahu
aje. “Tapi sebenarnya kenapa kak Linda panggil D tadi?’’ tanyaku pula. Dia diam
sekejap. Setelah itu dihulurnya sebilah parang. “Nak buat apa dengan parang
ni?’’ tanyaku dengan muka blur.
“Pergi hutan. Cari daun palas nak buat
ketupat.’’ Katanya. Aku tercenggang. Aku? cari daun palas? Lelaki dah pupus ke
kat dalam rumah ni? Eish.. mengarut aje kak Linda ni. “Kenapa Diana pulak yang
kena? Ni bukan kerja perempuan. Nak kena pergi hutan pulak tu. Ee.. tanak lah
D.’’ aku meletakkan kembali parang itu ke meja. “Alah, kau bukan pergi
sorang.’’ Balasnya. Dia ke sinki membasuh pinggan.
“Dengan siapa?’’soalku. “Tok abah deman. Kau
pergi dengan Haz.’’kata kak Linda lagi. Lagi-lagi Hazran! kenapa ni? Macam tak
boleh nak pisahkan aku dengan manusia tu walaupun sedetik lebih…. (lagu anuar
zain).
“Arghhh… tak nak. Kak Linda ni, kenapa Diana?
Kenapa?’’ aku masih belum puas hati. “Sebab kau hari ni rilek-rilek aje, aku
hari ni dah kemas rumah, basuh pinggan, hah.. ni kejap lagi nak masak untuk
berbuka.’’ Katanya. Aku ternganga. “Kalau begitu lebih baik D buat semua kerja
tu tadi daripada ke hutan.’’ Aku tak puas hati. “Tapi malangnya kau tak buat.
So, pergi cepat sebelum aku mengamuk. Esok dah nak bungkus lagi. Tak sempat!’’
kak Linda mencekak pinggang. Aku kecut perut melihat dia mencelik mata. Parang
dimeja ku ambil dengan penuh kesabaran. Terketar-ketar rasanya nak pegang.
Apa boleh buat. Memang betul pun cakap kak
Linda. Aku dari tadi hanya bersantai depan tv dan tak buat apa-apa sedangkan
orang lain sedang sibuk buat persiapan raya. Bertemankan Hazran. hmph… dia tu
budak bandar. Kalau ikut aku pun bukannya dapat buat apapun. Tapi aku tidak
melihatnya di mana-mana. Kata kak Linda tadi suruh pergi dengan dia.
“Ni yang buat aku hangin ni…’’ aku membebel
sambil memandang sekeliling kawasan rumah. Tiba-tiba aku terpandangkan sekujur
tubuh manusia yang sedang tidur di atas buaian di bawah pokok rambutan.
‘amboii… sedapnya si Haz tu tidur. Tunggu kau!’ aku menunjukkan parang ke
arahnya. Tapi langkahku terhenti.
‘jangan kacau atau ganggu ketenteraman aku
selama aku kat sini.’ Ia terimbas diingatan. Aku hanya berjalan perlahan dan
berfikir bagaimana untuk kejutkan dia tanpa membuat dia rasa terganggu. Eh,
kenapa aku boleh jadi baik ni? Tak. Ini bukan Diana nih. Aku menepuk pipi.
Mukanya ditutupi dengan buku. Dari pandangan aku ia dalam keadaan terbalik.
Sebaik membaca ejaanya membuat aku ketawa habis-habisan. Ombak Rindu?!!
Hahaha….
Sebaik mendengar dentuman tawaku dia
mengalihkan bukunya. Melihatku terus membuat dia moody. Matanya ingin dipejam
lagi tapi aku pantas menunjukkan parang kepadanya dan dia terus bangkit seperti
terkena kejutan elektrik. “Kau dah gila ke sampai nak bunuh orang?’’ dia marah.
Aku tertawa lagi. Bunuh orang? Ya!
kaulah orang pertama yang akan aku bunuh kalau kat negara ni tak ada
undang-undang. Otak sempitlah kau ni Haz! Desisku.
“Parang ni bukan nak bunuh orang, tapi nak
buat kerja menebas. Kalau nak bunuh orang macam kau ni, aku tak nak pakai
parang ni, leceh. Aku pakai senapang gajah. Lagi senang!’’ kataku pula. Dia
mencemuh. “Dah aku pesan kan, jangan ganggu ketenteraman aku? tak faham-faham
jugak kau ni kan?’’ ujarnya geram. “Excuse me, bukan aku berniat nak ganggu
kau. Cuma tugas aku adalah untuk mengajak kau ikut aku ke hutan.’’ Aku
menjelaskan. Dia tertawa.
“Haa.. tempat kau memang sepatutnya kat
hutan. Tapi tolonglah jangan nak bawak aku sekali.’’ Katanya. Aduh.. sakitnya
hati ini. Bagai dihiris-hiris. “Pergilah. Tadi kata nak pergi hutan. Oh ya,
nanti kirim salam dekat saudara-saudara kau yang kat hutan tu.’’ujarnya lagi.
Bagai tersirap darahku ke muka. Panasnya!
“Sebelum aku hemtam kau dengan parang ni baik
kau bangun cepat dan ikut aku!’’ aku sekali lagi menunjukkan parang itu dengan
mukaku yang bengis. Dia kelihatan terkedu dan takut. Langkahku terus pergi.
“Buat apa lagi tu? Cepat sikit!’’ arahku. Dia terus bangun dan mengikut
langkahku. Aku bersorak keriangan. Tapi dalam hati jer. Kalau bersorak betul
nanti dia tak jadi ikut aku pulak. Ha, tau pun takut. Lain kali jangan sesedap
rasa kau nak mengata aku.
Seperti aku tengah berjalan dengan seekor
siput. Kut yer pun puasa, orang lain pun puasa jugak! Aku melihat langkah kaki
Hazran seperti ‘dilangkah mati mak diundur mati bapak’ jer aku tengok. Namun,
aku diamkan aje. Aku dah letih asyik bertekak dengan dia. Dah letihhhh…..
Aku akhirnya tiba dihutan. Gulp! Ketakutan.
“Kenapa kau berdiri kat situ? Ikut aku amik daun palas ni.’’ Aku merunding jari
ke pohon daun itu. Dia memandang sekeliling. “Tak bahaya ke hutan ni?’’
suaranya kedengaran pelik. Dia tengah takut ke ni? Atau sengaja nak mengenakan
aku? “Bahaya apa kebendanya?’’ ujarku pula. Aku sudah mula mencantas daun semak
yang begitu menyemakkan perjalanan aku. “Harimau.’’jawapnya sepatah. Aku
terkedu. Mulut dia ni kan… tak reti nak insuranskan.
“Pak Mau puasa! Lagipun dia tak lalu nak
makan kau.’’ Aku sedang menyedapkan hati yang tadinya ketakutan. Cepat-cepat
aku menyiapkan kerjaku. Selesai itu aku menyuruh Hazran untuk mendapat daun
palas di seberang sana pula kerana yang aku dapatkan ini belum cukup kalau nak
makan banyak ketupat. Dia mahu tak mahu terpaksalah sendirian. Tiba-tiba aku terdengarkan
jeritannya. Akibat terlalu panik berlari
ke arahnya tapi aku pula yang jatuh
tersungkur. Aku melihat ke arahnya dan dia sedang ketawa. Aku terasa begitu
dipermainkan sedangkan tadi aku begitu panik fikirkan keadaannya. Airmata yang
mengalir lantas ku sapu dengan belakang tapak tangan. Sampai hati kau buat aku
macam ni Haz!
“Diana, Diana, tunggulah kau nak pergi mana
tu?’’ dia memanggil aku tapi aku tetap pergi. Hati aku ni entah mengapa terasa
begitu sakit. Titisan airmata yang mengalir bagaikan tiada mahu berhentinya
dari pipi. Aku terasa seperti orang bodoh. Langkahku masih dikejar olehnya.
“Diana! Aku mintak maaf.’’ Dia menarik lengganku. Aku menepisnya kuat. Dia
seperti terpana melihat aku menangis. Aku terus berlari pergi meninggalkan dia di
situ.
“Cepatnya kau balik D?’’ tegur kak Linda. Aku
menghiraukan dan terus ke bilik. Pada saat sebegini aku lebih menginginkan
untuk sendiri. Menenangkan diri. “Mana Hazran? daun palas mana?’’ kak Linda
masih lagi meliar mengintai kelibat sepupunya itu. Aku mengunci diri di bilik.
Beberapa kali jugalah kak Linda memanggil tapi aku telah memasukkan earphone ke
telinga dengan mendengar lagu-lagu rancak. Itu yang selalu aku buat tiap kali
aku terasa sedih. Akhirnya aku terlelap di situ.
Sebaik sahaja tiba waktu berbuka, ibu
mengajakku turun makan. Pada awalnya aku tidak mahu turun kerana tidak mahu
melihat Hazran. Aku malu dengan perangaiku tadi yang tetiba aje touching. Tapi
tahu-tahulah ibu aku tu macamana orangnya. Dia kalau bab pujuk-memujuk memang
aku kalah dengannya. Setiba di meja makan aku tidak nampak kelibat Hazran. Pak
Su dengan Mak su pun tiada di meja makan. Aku nak bertanya tapi mulut ini
bagaikan digam dengan gam cap gajah. Akhirnya aku diam sehinggalah selesai
makan.
“Macamana boleh kena Linda?’’ tanya tok abah.
“Manalah Linda tahu tok, budak berdua ni pergi. Lepas tu sorang balik ok macam
tak ok, yang sorang lagi tu balik, tak ok terus.’’ Kata kak Linda. Ish! Diorang
tengah cakap pasal siapa ni kejap ok kejap tak ok? Pasal aku ke? Desisku. Tok
abah memandang ke arahku pula. “Macamana Haz tu boleh kena patuk ular Diana?’’
pertanyaan Tok abah membuatku kelu tidak terkata. Hazran kena patuk ular? Bila
masanya dia kena patuk ular?
“Diana tak tahu tok abah, masa Diana balik
rumah dia ok je.’’ Balasku yang masih terpinga-pinga. Bagaikan tidak percaya.
“Habis tu, kenapa kau balik sorang2?’’ kak Linda pula yang mengajukan soalan
itu kepadaku. Aku terdiam sedangkan semua orang menantikan jawapanku. “Dia
mengenakan Diana. D pun merajuk balik lah.’’ Kataku perlahan. Kak Linda
mencemuh. “Oh patutlah balik terus kurung diri dalam bilik. Kau tau tak, si Haz
tu balik dengan bawa daun palas, dengan parang lagi, dengan kaki dia yang
terluka. Berkali-kali dia panggil kau. Kau senyap je. Aku ingatkan luka biasa aje,
tiba-tiba aje dia rebah. Masa tu baru dia cakap yang dia kena patuk ular.’’
Cerita kak Linda. Aku terasa sebak. Sampai begitu sekali? Rasa bersalah pulak
tinggalkan dia sorang-sorang tadi. Kenapalah semua boleh jadi begitu rumit?
2 hari sebelum hari raya..
Tinggal lagi 2 hari nak beraya tapi
macam-macam yang dah berlaku dalam hidup aku. Hari ini aku bersama along ke
hospital untuk menjengguk Hazran. jantung aku ni berdegup laju sejak tiba di
perkarangan hospital. Apa aku nak cakap bila berhadapan dengan dia nanti? Nak
minta maaf? Ish..
Setiba di wad lelaki, kaki ini bagaikan tidak
mahu melangkah lagi. Along menarikku ke dalam dan dari jauh aku sudah
melihatnya. Menyandar di katil hospital sambil membaca buku novel ombak rindu.
Aiseh… ombak rindu jugak kau time-time macam ni? Aku memandang kakinya yang
berbalut. Kesiannya…
“Hazran?’’ tegur along. Dia menjatuhkan
bukunya. Dia terkejut melihatku. “Diana..’’ ujarnya perlahan. Along dah
terkekeh ketawa. “Hmm.. aku keluar dulu lah. Kehadiran macam tak diperlukan
aje.’’ Usik along dan terus pergi meninggalkan aku dan Hazran di situ. Aku
diam. Tidak seperti biasanya kalau bersua dengan Hazran pasti akn pot pet pot
pet 24jam. Melawan mulut dan tak akan mengalah.
“Kau masih marahkan aku ke?’’ dia akhirnya memecah
kesunyian kami. Aku menggeleng. Mulut aku ni dah tak ada suara ke? Desisku.
“Aku tahu aku salah, sebab tu Allah turunkan balasan kat aku. terlantar dekat
sini.’’ Dia memandang kakinya. “Tak adalah. Aku ni yang terlalu emotional
sangat.’’ Akhirnya aku bersuara. Dia tertawa. “Tahu emo jugak kau ni yer?’’ dia
memerli. Aku pun turut tertawa. “Tahulah! Apa ingat aku ni alien?’’
“Ada jugak. Sikit-sikit.’’ Jawapnya. Aku
menumbuk bahunya. Kami bergelak katawa dan lupakan segala sengkata. “Panjang
umur lagi lepas kena gigit ular tu yer?’’ aku seakan tidak percaya. “Yer, masih
diberi kesempatan untuk bersama dengan kau lagi.’’ Balasnya. Aku terkesima
mendengarnya. Bersama dengan aku?
bersama dari segi apa tu?
“Dah. Tak payah nak buat muka blank macam
tuh. Kau nak bersama dengan aku tak?’’ dia mengajukan soalan yang bagiku sangat
tak masuk akal. “Haz? Kau mabuk eik? Nurse bagi kau telan pil kuda ke?’’ aku
tertawa kecil. Hazran menyentuh tanganku. “Aku mabuk, tapi mabuk cinta..’’
ayatnya. Wah! Kat mana dia copy ni. Aku terus menarik tanganku. Gulp! Air liur
yang ditelan terasa pahit.
“Kau jangan nak mengarut Haz, dah mereng otak
kau ni..’’ aku menolak kepalanya dengan jari telunjukku. Dia tertawa. Untuk
seketika dia memandangku lama. “Aku tak
tahu. Tapi lepas aku tengok airmata kau, hati aku bagaikan ditusuk belati
tajam. Aku kena patuk ular masa tu pun aku tak fikirkan kesakitan aku. Bagi
aku, kau lebih penting. Aku balik rumah dengan keadaan yang macam tu, panggil
kau tapi kau tak menyahut. Masa tu baru aku tahu, aku sebenarnya sayangkan kau
Diana.’’kata-katanya bagaikan membuat detak jantungku berhenti. Aku melihat
katil kosong di sebelah, agaknya aku bolehlah check in hospital ni jugak sebab
aku rasa kepala aku ni dah pusing. Rasa macam nak pitam aje ni..
Malam raya..
Entah mengapa agaknya raya tahun ini ku
rasakan sangat bahagia. Kenapa yer? Adakah kerana Hazran? mungkin ya. Sikap dia
sudah seratus peratus berubah terhadapku. Entah kemana hilangnya si Hazran yang
dulu. Tak sia-sia aku emotional hari tu.
Aku duduk sahaja di atas tangga dengan
melihat budak-budak sedang bermain bunga api. Terasa shadunya dihati apabila
mendengar seruan takbir yang bergema. “Diana, jom main mercun ni.’’ Ajak
Hazran. aku bagaikan tidak percaya. Biar betul mamat ni? “Tak payahlah. Nanti
hangus pulak kain kau. Kaki tu kan masih sakit lagi.’’ Saranku. Muncungnya dah
14 inci. Boleh buat ampaian agaknya.
“Nah. Kita main yang ini ajelah.’’ Aku
menghulurkan dia seputung bunga api. Dia sekadar mengganguk. “Haz,’’
panggilku.“Ya.’’ Jawapnya sepatah. Dia ralit bermain bunga api itu. “Tak rasa
macam kera kena belacan ke main bunga api ni?’’ pertanyaanku mencetuskan ketawa
kami berdua.
~TAMAT~
*******
p/s : Hi assalamulaikum.. harap korang
sukakan happy ending nih! Cerpen pertama. Hope ada yang suka. Kalau tak suke
pun buat2 lah suka. Huhuhuk. Thank you sebab baca ‘Sebenarnya Aku Sayang Kau!’
No comments:
Post a Comment