DALIYA memandang kiri kanan. Line clear! Bisiknya dalam hati. Cepat-cepat dia melangkah menuju ke pintu lif. Pertama sekali dia harus memastikan kalau dia akan tiba lebih awal di lobi sebelum Tengku Khairil masuk pejabat. Dengan rasa tenang dan gembiranya Daliya menunggu pintu lif. Alangkah remuknya hati saat pintu lif terbuka luas wajah Tengku Khairil muncul di hadapanya. “Awak hendak kemana ni Liya?’’ soalnya. Daliya sudah menduga kalau encik Khairil pasti akan bertanya sedemikian. Apa yang patut aku jawap ni? “Nur Daliya, saya tanya awak. Awak dengar ke buat-buat tak dengar?’’ sembur Tengku Khairil. “Dengar..alah encik Khairil, saya nak pergi keluar makan kejap aje. Perut saya lapar gila ni. Siap berlagu Faizal Tahir lagi ni’’ balas Daliya pula. Kedengaran keluhan majikannya itu setelah Daliya berkata sedemikian. “Daliya, Ke ruangan saya sekarang!’’ jerkah tengku Khairil membuatkan terhentinya lagu Faizal tahir yang berkumandang dalam perutnya tadi. ‘Ambik kau! mampuslah aku lepas ni’. Gerutu Daliya sendiri.
“MAK, belum cukup lagi ke penjelasan Airil tadi? Dia kan dah cakap kalau dia memang akan berkahwin. Tapi bukan buat masa sekarang ni.’’ Tengku Sharipah memujuk emaknya, Tengku Badriah. Pening dia dengan sikap emaknya yang sering memaksa Khairil untuk berumah tangga dengan segera. Padahal anak lelakinya yang tunggal itu baru sahaja mencecah 23 tahun. Masih terlalu muda untuk menempuh alam perkahwinan. Tapi emaknya itu, bukanya senang untuk mengerti posisi Tengku Khairil yang masih mentah. Kalau itu yang dia mahu, itulah yang muktamad. ‘Hai..makin tua makin menjadi-jadi’ ngomel Tengku Sharipah sendiri. “Mak bukanya nak memaksa. Tapi Ril tu calon pun belum ada lagi..kalau calon pun tak ada bila masanya nak kahwin. Mak ni bukan apa, dah tua macam ni teringin jugak nak menimang cucu. Tuu..kawan mak, ramai tak ramai cucu dia boleh buat main satu team bola sepak. Mak ni harapkan Airil tu alamaknya tutup mata dululah agaknya.’’ Jelas Tengku Badriah lagi.
“Janganlah cakap begitu. Airil mesti kahwin tapi bukan buat masa sekarang ni.’’ Pujuknya pula. “Habis bila? Tahun depan? Macam inilah..susah-susah sangat biar emak aje yang carikan calon isteri untuk Airil tu.’’ Bahtah Tengku Badriah lagi. Terkedu Tengku Sharipah di situ. Sudahlah tadi pagi pun dia terkejut dengan kehadiran mak tiba-tiba di rumah. Di tambah pula dengan sekarang ini. Datang-datang saja ajak ke pejabat Khairil untuk bebincang pasal kahwin. Pengaruh kawan mak memang kuatlah. “Mak, Ril kan dah cakap tadi kalau dia memang sudah ada calon. Satu pejabat lagi. Tak payahlah mak susah-susahkan diri mak untuk cari calon menantu untuk Pah.’’ Tengku Sharipah berdalih. “Haa..kalau macam gitu, bawak mak pergi jumpa budak tu sekarang. Mak nak tengok calon isteri pilihan ril tu macamana orangnya.’’ Gesa Tengku Badriah. Tidak sempat berkata apa tangan Tengku Sharipah sudahpun ditarik emaknya. Tak sabar-sabar!
KECUT perut Daliya melihat wajah kusut bosnya itu. Tahulah dia buat salah tapi tak akanlah buat muka sampai macam tu sekali. Sudah macam tiang bus stop dah tu. “Tahu apa kesalahan awak?’’ mendatar sahaja soalanya. Daliya mengganguk perlahan. “Baguslah kalau tahu. Tapi buat-buat tak tahu. Begitu?’’ katanya sinis. Daliya hanya diam. “Kalau denda tak boleh keluar lunch itu maknanya tak boleh makan. Faham?’’ perlinya lagi. Daliya masih diam sambil memandang lantai. Khairil memandang Daliya lama. Sengaja untuk menghukum assistent barunya itu untuk melepaskan geram terhadap neneknya tengahari tadi. Pantang untuk Khairil bila sebut isu mengenai perkahwinan. Isu yang paling sensitif untuknya. “Tak boleh ke awak patuh pada arahan saya? Patutlah badan tu makin montel aje, kuat makan rupanya.’’ Sembur Tengku Khairil. Menyirap darah Daliya ke muka bila ayat yang keluar dari mulut lelaki itu memang sudah betul memanaskan telinganya. ‘Sedapnya dia kata aku montel.’ Desisnya. Namun, akhirnya Daliya mengurut dadanya perlahan. ‘Sabar Liya sabar..dia Bos kau. Kau baru masuk kerja sini dua minggu lepas. Kau jangan cari pasal lagi dengan mamat ni..kang, tak pasal-pasal kau kena fire dari sini.’ Gerutunya dalam hati. Wajah Tengku Khairil di pandang dengan rasa geram. Tengku Khairil dapat menangkap seraup wajah yang merenungnya dengan tajam itu. Lantas dia membalas renungan itu. Mata bertentangan mata. Daliya tewas! Renungan mata Tengku Khairil itu betul-betul menusuk kalbu. Tengku Khairil tertawa dalam hati. Ingin dia berkata sesuatu, i-phone miliknya itu rancak berbunyi. Bagus! kesempatan aku untuk keluar dari sini! Daliya mengundur setapak ke belakang. Kelihatan wajah Tengku Khairil berubah mendadak. Daliya mengundur lagi setapak. Tengku Khairil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masaalah betullah! Tapi saat terpandangkan Daliya seraya dia tersenyum sinis. ‘yes! Dia ni aku boleh jadikan sasaran.’ Melihat Tengku Khairil memandangnya sebegitu, secara automatik langkah Daliya terhenti. ‘apesal mamat ni pandang aku semacam aje ni? Seram aku dibuatnya.’ bisik Daliya yang turut memandangnya. “Hoi, siapa suruh awak keluar?’’ keras pertanyaanya. Daliya mengeluh lagi. Telefon di atas mejanya berbunyi lagi. Kali ini dia tidak bercakap banyak. Sekadar cakap ya,okey sahaja. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Terjenggul wajah Tengku Badriah dan Tengku Sharipah. “Selamat tengahaa..’’ayat Daliya tergantung. “Mak buat dekat sini?’’ potong tengku Khairil. “Saja datang melawat ofis Ril. Tak boleh ke?’’ balasnya. Khairil tahu itu bukan tujuan utamanya. Nasib baiklah mama cepat-cepat memberitahunya tadi. “Mak, bagitahu aje apa tujuan mak datang ni? Tadi kan kita dah disscuss pasal tu. Tak cukup lagi ke?’’ kata Tengku khairil lagi. Daliya yang berada di dalam ruangan itu berasa janggal sekali. Dia mengundur pelahan-lahan ke pintu keluar. Belum sempat tombol pintul di sentuh, Daliya terdengar satu ayat yang keluar dari mulut Tengku Khairil yang betul-betul membuat jantung Daliya berhenti berdetak. ‘Betul ke apa yang aku dengar tadi? Atau telinga aku ni yang tak betul agaknya?’ Bulat matanya melihat Tegku Khairil yang menghampirinya lantas memaut lengan Daliya tanpa berkata apa. Semakin kencang jantungnya berdetak di saat tangan lelaki itu erat memaut lengannya. Taktik apa pula ni? “Mak nak tahu sangat kan, inilah teman wanita Ril. Liya, kenalkan ini nenek saya.’’ Terkesima Daliya seketika. ‘Mamat ni dah tak betul agaknya. Sejak bila pulak aku jadi awek dia ni? Dah lah tadi mengata aku ni montel. Tak malu pulak yer kau mengaku aku ni teman wanita kau?’ desis Daliya. Tiba-tiba dia merasakan lengannya di paut keras. Aww! Sakitlah ngok. Mata Khairil tajam merenung Daliya. ‘Huh, bila-bila nak mintak pertolongan orang janganlah berkasar. Kang, aku tak mengaku malu muka jugak hang hari ni...’ gerutu Daliya. Sambil megukir senyuman termanisnya, Daliya bersalaman dengan Tengku Badriah. “Apa khabar nek, saya Daliya.’’ Ujarnya lembut. Sopan jugak orangnya. Ucap tengku Badriah dalam hatinya. Setelah itu Daliya bersalam pula dengan Tengku Sharipah. Lega Khairil seketika.
“ Daliya tak payah panggil nenek, panggil mak aje cukuplah. Ril pun panggil macam tu jugak.’’ “Kalau macam tu mak pun tak payah lah panggil Daliya. Panggil Liya aje.’’ Jawap Daliya sopan. ‘pandai jugak minah ni belakon. Boleh galas anugerah pelakon terbaik ni’ desis Khairil pula. Tersenyum Tengku Badriah memandang Tengku Sharipah. ‘Hmm..mak nampak macam berkenan aje dengan budak ni. Kes naya Airil ni...’ gerutu Tengku Sharipah dalam hatinya. “Em,bila agaknya Liya ada masa free?”soalnya pula. Terpinga-pinga Daliya dengan pertanyaan itu. Sekilas dia melihat Tengku Khairil membulatkan matanya sambil memuncungkan bibirnya ke arah file-file yang berselerak di atas mejanya. Gulp! Daliya memandang wajah Tengku badriah pula. “Aaa..Liya minggu ini sibuk sikit. Jadual penuh sangat.” Jawap Daliya. ‘Yes! Pandai jugak minah ni kelentong.’cebik Tengku Khairil. Wajah Tengku Badriah berubah muram. ‘Rasa bersalah pulak menipu.’ Desisnya. “Tapi kalau ada masa free, itupun atas permintaan bos sendiri. Liya ikut aje.”sambung Daliya. Tercelik mata Tengku Khairil mendengarnya. ‘kurang asam betol lah,ish..kau tahu tak apa yang kau cakap tu, malapetaka untuk aku..siap kau Liya!’. Tengku Badriah mula mengukir senyuman sambil memandang cucunya. Tengku Sharipah sekadar memerhati. Hanya itu yang mampu dia buat. “Okeylah,mak balik dulu. Kalau ada masa terluang, harap Liya sudi singgah ke rumah.”katanya pula. Selesai bersalaman, Daliya menghantar Tengku Badriah dengan Tengku Sharipah ke lobi. Nampak gayanya dia bakal mengundang satu masalah dalam hidupnya dan semuanya bermula dari Tengku Khairil. Daliya mengeluh lemah. Belum sempat kakinya melangkah, terasa pantas lengannya ditarik oleh seseorang. Ternyata tangan Tengku Khairil yang kemas menarik lengannya. Segera Daliya menarik tangannya kembali. “Awak memang sengaja kan cakap begitu depan mak saya?dan nampak gayanya awak memang suka nak bagi dia harapan.”ujarnya. “Harapan apa maksud encik Khairil?” tanya Daliya geram. ‘Bukan hendak berterima kasih dekat orang yang dah bersusah payah tolong cover line dia!’cemuh Daliya dalam hatinya. “Harapan kalau kita ni memang pasangan kekasih.”balasnya. “Encik Khairil,saya Cuma jalankan permainan yang awak mulakan. Jadi tolong jangan nak salahkan saya atas apa yang berlaku tadi.”bantah Daliya. Tengku Khairil mendiamkan dirinya tanpa membalas kata-kata Daliya. Dia tahu kebenaran setiap kata gadis itu. Sesaat dia merenung Daliya tajam. “Okeylah, jadi lepas ini jangan nak merungut kalau saya suruh awak buat perkara yang awak tak suka.”sinis kata-katanya. Daliya berasa semakin sakit hati tatkala ayat itu terkeluar dari mulut lelaki itu. Apapun alasanya Encik Khairil tidak patut mengugutnya seperti itu. “Dan satu lagi..bersiap sedialah untuk mulakan permainan ni.”ujarnya lagi.
“Apa maksud Encik Khairil?”tanya Daliya inginkan kepastian. Dia tidak mahu untuk terjerumus lebih dalam lagi ke alam penipuan. Cukuplah apa yang berlaku hari ini. “Our game in your hands..be careful Daliya.”katanya lantas meninggalkan Daliya yang masih terpinga-pinga di situ. Daliya meraup mukanya berkali-kali. Kenapa harus aku??
JARUM jam telahpun melangkaui pukul 11 malam. Namun, Daliya masih belum dapat melelapkan matanya. Dia masih memikirkan pristiwa yang belaku. Dia tidak mahu terus menerus membohongi Tengku Badriah dengan mengaku-ngaku dialah teman wanita Tengku Khairil walaupun sebaliknya. Tapi tadi dia telahpun memulakan penipuan itu dan tidak mungkin dia perlu mengakhirinya sendiri. Tengku khairil pasti akan mengamuk sakan. Arghh! Ini semua angkara dia. Bantal peluk itu ditenyeh geram. “Marahkan siapa sampai macam tu sekali?’’tegur Azira yang terjenggul dibalik pintu bilik Daliya. Spontan Daliya menggosok bantal peluknya sambil tersengeh memandang teman sebiliknya itu. “Sejak bila kak Zira dekat situ?’’tanya Daliya setelah Azira telahpun melangkah masuk ke ruangan itu. Azira tersenyum kecil. Senyap tanpa menjawap pertanyaan Daliya. “macamana,okey ke tak kerja dekat situ?’’Azira sengaja berhelah. Daliya menompang dagu. Cuba membandingkan perkerjaannya sekarang dengan yang dulu. Hmm...semuanya sama. Tak lekang dari masalah. Dulu dia berhenti kerja dari situ disebabkan rakan kerja yang sering mencari masaalah dengannya. Hampir setiap hari, ada saja yang di buatnya tidak kena. Itu salah, ini pun salah. Dia penat untuk berterusan begitu. Akhirnya, Daliya memutuskan untuk meninggalkan perkerjaannya itu. Mungkin itu lebih baik, apatah lagi dia mendapat tahu ada peluang perkerjaan di Syarikat Mesra Holding’s. Sekarang,dia berkerja di bawah pengawasan Tengku Khairil. Pada mulanya dia seronok dengan perkerjaan barunya itu. Tapi setelah dua minggu berkerja, barulah dia tahu sikap bosnya itu seperti apa. Salah taip sikit pun kena denda. Itu baru tersalah taip, kalau tersalah benda lain?tak ke kes naya? Arghh..sekarang ni,dia telah tersilap langkah lagi. Berpura-pura menjadi teman wanitanya. ‘Hahh..teman wanita konon,tapi kalau betul pun tak apa. Untung jugak bila jadi teman wanita bos. Naik sikit status aku. Tapi, argrhh...tak. aku tak sudi. Dia tu macam singa. Kalah cikgu disiplin aku masa dekat sekolah dulu. Boleh tekanan jiwa aku kalau jadi teman wanita dia betul-betul. Patutlah tak ada perempuan nak dekat dengan dia. Harap muka aje hensem,tapi macam singa!’ gomel Daliya dalam hatinya. Berkerut wajah Azira melihat raut wajah Daliya yang berubah. Nampak seperti hendak menumbuk muka orang aje. Apesal pulak ni? “Hei..Liya, kenapa ni?’’tegur Azira. Daliya pantas menggeleng. Dia tidak boleh ceritakan semuanya kepada Azira. Selama ini Azira sudah banyak menolongnya. Dia tidak mahu menambah beban Azira dengan masaalahnya lagi. “Kerja Liya okey lagi buat masa sekarang ni.”balas Daliya. Dia berpura-pura menguap. Uarghhh... “Hmm..mengatuklah. Liya tidur dulu, selamat malam.’’Daliya terus merebahkan badannya di atas katil. “Okeylah,selamat malam.”ucap Azira setelah melihat Daliya yang sudahpun membaringkan tubuhnya, Azira mengambil tuala untuk memcuci muka. Sudah menjadi rutin hariannya setelah pulang dari tempat kerja. Bersihkan make-up yang masih tersisa. Sekilas dia melihat Daliya yang kelihatan sangat polos ketika memejamkan matanya itu. Dia tahu Daliya hanya berpura-pura. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan darinya. Azira sudah arif benar dengan perangai gadis yang sudah dia anggap sebagai adiknya itu. Bertemu dengan Daliya telah merubah sebahagian dari kehidupannya. Dia sebatang kara di dunia, dan Daliya satu-satunya teman yang sangat mengerti dirinya. Seandainya ada yang berani melukai hati gadis sebaik Daliya, dialah orang yang tak punya hati untuk menilai semua itu.
SEPERTI pagi kebiasaanya, Daliya menunggu bas untuk ke tempat kerja. Bas adalah salah satu penggangkutan awam yang mejadi pilihan Daliya. Walau begitu sarat dengan banyak penumpang, Daliya tidak kisah asalkan jimat wang belanjanya untuk kenderaan lain. Kalau dihitungkan dia memang sangat mampu untuk membeli sebuah kereta, tapi sikapnya yang lebih suka menyimpan wangnya itu memang sukar untuk dihakis. Daliya selalu berfikir kalau wangnya lebih baik disimpan untuk kegunanan yang lebih penting. Tambahan pula dia sangat suka melayani kerenah pemandu bas Rapiq KL yang sudah lama mengenalinya. Pemandu bas pun sudah terbiasa dengan Daliya. Agak lama juga dia termenung di situ dan akhirnya bas yang ditunggu pun tiba. Wajah muram Daliya pada hari itu membuatkan pemandu bas teragak-agak untuk menegurnya. Daliya masih memikirkan akan masaalahnya dengan Tengku Khairil. Menyesal rasanya kerana mengaku teman wanita lelaki itu. Tapi kalau dia tidak melakukan tindakan itu semalam pasti dia akan mengundang kemarahan majikanya itu. Arghhh! Daliya dalam dilema. Tapi dengan tiba-tibanya hari itu Daliya bagaikan mahu terkena serangan jantung. Apa tidaknya, wajah Tengku Khairil tiba-tiba muncul dihadapanya. Adakah dia sedang berkhayal?? Daliya tidak mahu memikirkan masalah itu sekarang kerana tangannya sudahpun ditarik oleh lelaki itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain sehinggalah Daliya tersedar kalau bas tadi sudahpun jauh meninggalkannya. “Hei...!tunggulah!”panggil Daliya sambil berlari anak mengejar tapi bas sudah jauh pergi dan Daliya hanya mampu mengeluh. Tengku Khairil berjalan perlahan mendapatkan Daliya. Dia pun turut memandang bas yang sudah meninggalkan gadis itu. Daliya berpaling ke arah Tengku Khairil dan merenungnya dengan perasaan marah dan geram hendak menumbuk muka lelaki itu. “Kenapa awak pandang saya dengan muka macam tu?’’soalnya. “Awak tanya kenapa? Eh, awak tak nampak ke bas saya dah pergi. Habis sekarang ni saya nak naik apa?’’ Tengku Khairil sekadar mencebik. Tanpa menjawap pertanyaan Daliya dia menuju ke kereta jaguar miliknya. Ternganga daliya dengan tindakan majikannya itu. ‘Apa motifnya menarik aku tadi? Dia ni dah sewel agaknya. Sah! Dia ni memang tak betul.’ngomel Daliya dalam hatinya. Dengan rasa tidak puas hati Daliya mendapatkan lelaki itu sambil membebel. Semuanya dia luahkan termasuklah tambang teksi yang mahal. Tengku khairil mahu tertawa tetapi dia cuba mengawalnya dengan buat-buat selamba. “Lepas tu kalau saya tunggu bas tadi, saya datang lambat dan Encik Khairil pun mesti denda saya. Samaada tak boleh keluar makan tengahari ataupun buat kerja yang paling ‘best’ dalam dunia...’’ Daliya berhenti spontan. Alamak! Dia terlepas cakap lah pulak. “Apa maksud awak kerja paling ‘best’ dalam dunia?’’ Tanya Tengku Khairil setelah dapat menangkap sesuatu yang terkeluar dari mulut Daliya tadi. Gulp! Daliya menelan air liurnya. bersambung....('',)
No comments:
Post a Comment