Saturday, 14 September 2013

Love is trouble

I'm reading "Love is Trouble". http://www.wattpad.com/story/7656717?utm_source=android&utm_medium=other&utm_content=share_reading.

Thursday, 12 September 2013

He's Beautiful One Direction Version


He’s Beautiful one Direction version.

Drama korea He’s beautiful telah mencetuskan satu fenomena kepada peminat-peminat drama korea. Saya telah mendapat idea untuk membuat kisah yang sama tapi dalam versi one direction. Kalau anda adalah peminat drama korea ini anda harus membacanya dan sekiranya anda adalah peminat fanatik one direction, kisah ini untuk anda.
Untuk pengetahuan anda juga, saya seorang sangat sensetif kalau mendapat tahu ada  orang yang cuba untuk menciplak idea saya. So please.

Character
Emma Watson  as Go mi nam
 Zayn Malik as Hwang tae kyung
 Niall Horan as Kang Shin woo
Harry Styles as Jeremy



....................................
 Chapter 1 “What makes you beautiful”
“Tidak! Awak dah gila ke? Nak suruh jadi abang saya?!’’ aku memarahi lelaki itu. Datang kepadanya dan tiba-tiba memintanya untuk menyamar menjadi abangnya. Hanya untuk tandatangi kontrak dengan syarikat rakaman. Aku perempuan, nak suruh menyamar jadi lelaki? Ini kerja gila! “Tolonglah, hanya perlu menyamar untuk tandatangani kontrak saja. Tolonglah.. demi Louis.’’ Pujuknya. Aku menggeleng. “Apapun, saya tetap tak nak.’’ Aku ingin berlalu tapi dia pantas duduk dan memegang lututku.
“Hey! Apa yang awak buat ni?’’ aku terkejut. Cuba untuk bergerak pergi tapi pegangan tangannya kemas. “Tolonglah, saya merayu.’’ Katanya. Aku semakin rasa bersalah apatah lagi semua orang di situ memandang ke arah kami. “Encik, tolong jangan macam ni. Lepaskan kaki saya.’’ Aku pula yang memohon. Tapi dia berkeras juga tidak akan melepaskan kaki aku sekiranya aku tidak turuti apa yang dia mahu.
“Tolonglah, Loius sangat mahu untuk menjadi penyanyi. Sebagai saudara kembarnya awak patut tahu akan hal ini. Dia lakukan ini kerana ingin mencari ibunya.’’ Kata lelaki itu lagi. Aku terkedu. Ya! Aku masih ingat lagi sewaktu kami masih kanak-kanak, Louis pernah berkata kalau bila dewasa nanti dia akan mencari ibu mereka dengan menjadi seorang penyanyi. Tak sangka Loius tidak bermain dengan kata-katanya. Aku akhirnya setuju untuk mengikut lelaki ini ke syarikat rakaman muzik yang dikatakannya. Aku perlu selamatkan kerjaya Louis demi ibu aku.
Aku tiba di sana pada hari mereka membuat persembahan. Melihat persembahan mereka membuat aku kaku. Jadi inilah One Direction?
Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,
 Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh, oh,
You don't know you're beautiful,
If only you saw what I can see,
You'd understand why I want you so desperately,
Right now I'm looking at you and I can't believe,
You don't know,
Oh, oh,
You don't know you're beautiful,
Oh, oh,
That's what makes you beautiful

Hebat! Adakah abang aku akan berada di pentas yang sama nanti? Aku tersenyum kecil. “Emma, ini pakaian dan juga rambut palsu.’’ Jonny menghulurkan aku beg kertas itu. “Saya tak yakin lah.’’ Aku mulai resah. “Jangan bimbang. Kalau perlu bila tiba di sana kau tak perlu bercakap.’’ Jonny menyakinkan. Aku masih juga tidak bergerak dari situ. “Hanya perlu sign kontrak itu aje.’’ Katanya lagi. Aku menarik nafas dan mengembus perlahan. “baiklah. Saya akan lakukannya.’’ Akhirnya itu yang terkeluar dari mulutku. Jonny menepuk bahuku perlahan. Aku berlalu dari situ untuk menukar pakaianku dengan pakaian yang dipilih oleh Jonny.
Aku dan Jonny melangkah ke ruangan Tuan pengarah syarikat  muzik ini. “Ohh, Louis! Finally you’re here.’’ Tuan pengarah itu seperti menunggu kehadiran kami. “Dah terima surat tawaran kami?’’ soalnya sambil memandang aku. Aku hanya mengganguk.  Terkebil-kebil dia melihat aku dan aku pun terus menunduk. “Kau nampak lain dalam gambar.’’ Katanya sambil memegang bahuku. Aku mulai cemas. Jonny! Cepat lakukan sesuatu sebelum dia tahu kalau aku sebenarnya perempuan!
“Nampak lain bagaimana, Tuan?’’ Jonny mencelah. Tuan Pengarah itu tersenyum. “Nampak lebih handsome! Aha, saya yakin Louis akan menambahkan lagi bilangan peminat One Direction dengan wajah yang tampan begini.’’ Katanya. Aku mengeluh lega. “Mari kita sign kontrak.’’ Katanya lagi sambil memeluk bahuku ke arah meja kerjanya. Ya, sign kontrak dan lepas itu aku boleh pergi dari sini. Ohh, rambut palsu ini menggatalkan ajelah! Rimas betul.
Dia menghulurkan kepadaku sehelai kertas. Aku memandang Jonny.  Dia mengganguk. “Tulis nama dan tandatangan.’’ Katanya. Gulp! Aku menelan air liur. Betul ke apa yang sedang aku lakukan? Menipu mereka? Ah.. aku perlu lakukan ia demi Louis. Dia harus berjaya masuk ke kumpulan ini. Aku terketar-ketar untuk menurunkan tandatanganku. Akhirnya selesai juga. Tapi saat itu juga pintu bilik dikuak ganas. Wajah seorang lelaki muncul di hadapan pintu.
“That’s him? Louis William? With good voice?’’ kata-kata seperti sindiran. Tapi pandangannya jelas ke arahku. Aku tertunduk lagi. “Baguslah kau ada di sini. Aku ingin perkenalkan dia kepada group ni. Tapi mana Niall dan Harry?’’ tanya Tuan pengarah. Lelaki itu diam sebaliknya menuju ke arah kami. Dia tunduk mendekatiku sehingga wajahku begitu hampir dengannya. Aku beranikan diri untuk melihat wajahnya. Dia kacak!
“Kau rasa kau dah cukup bagus?’’ sindirnya. Argh! Tarik balik kalau aku telah menilainya kacak tadi. Dia hanya seorang lelaki yang teruk! Aku diam. dia bangun dan mengambil kertas kontrak itu yang berada di atas meja. “Perkara ini cukup penting dan aku perlu pastikan sesuatu.’’ Dia tiba-tiba menarik lengganku. “Hey, Zayn!” panggilan Tuan pengarah tidak dihiraukan. Langkahku sudah mengikutinya. Aku terpaksa. Dalam hatiku hanya menyebut nama Jonny sambil menoleh ke arahnya.
Tapi sekarang aku berada di satu bilik latihan muzik bersamanya dan dua lagi rakan mereka. Mereka inikan… kumpulan artis yang membuat persembahan tadi? Adakah ini betul-betul nyata? Mereka semua nampak lebih kacak bila berdepan begini. “ Jadi kau Louis?’’ tanya seorang lelaki berambut kuning langsat itu. Aku  mengganguk tidak, menggeleng pun tidak. ‘Sebenarnya aku bukan Louis’. Tiba-tiba lelaki berambut kerinting itu menghampiri dan mengukur ketinggianku dengannya. “This dude’s a bit too short.’’ Katanya. Aku terus menjauh darinya. Pandangan lelaki yang bernama Zayn itu masih tajam ke arahku.
“Zayn, buka pintu ni.’’ Panggil Tuan pengarah dan juga Jonny. Aku memandangnya. ‘ Jonny, cepatlah tolong keluarkan aku dari sini.’ Desisku. “Zayn, buka pintu ni.’’ Panggil mereka lagi. Lelaki itu menghulurkan aku sekeping kertas. Aku mengambilnya. Ianya lirik lagu. “Nyanyikan lagu ni.’’ Ujarnya. Aku terkedu. Menyanyi? Itu tidak mungkin. Kalau aku bersuara itu sama saja kalau aku akan menghancurkan segalanya. “aku perlu mendengar kau menyanyi di depan aku dulu sebelum aku memutuskan samaada kau layak atau tidak untuk join group ni.’’katanya lagi. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit. “kalau aku tidak dapati apa kebolehan kau, aku tak akan terima kau masuk kumpulan ni tidak kiralah berapa banyak kontrak yang telah kau tandatangan.’’ Kali ini aku rasa kalau nyawaku sudah dihujung tanduk.

“Tuan pengarah sangat memuji kebolehan kau, I’m curious to see your ability.’’ Kata rakannya. “You have an amazing voice? Sing the song. Let’s hear it.’’ Kata lelaki berambut kerinting itu. ‘Amazing voice?! Oh really.. it’s going to kill me right now. Jonny please hurry up and save me.’ Desisku. “If you don’t like that song, sing whatever you want.’’ Kata Zayn lagi. Aku sudah terketar lutut. Hampir beberapa minit aku hanya diam. “Kau tak boleh lakukannya?’’ Zayn meneka. Aku tetap diam. “Louis, this it about your dream. Think about your mom. Your dream!’’ Suara Jonny dari cermin kaca itu kedengaran jelas. Perlukah aku menyanyi? Dream…. That dream..
“Lupakan sajalah impian tu. Kau tak boleh lakukannya.’’ Kata Zayn tegas. tangannya ingin mengoyakkan kertas kontrak yang berada dengannya.
Everyone else in the room can see it,
Everyone else but you,
 Baby you light up my world like nobody else,
The way that you flip your hair gets me overwhelmed,
But when you smile at the ground it ain't hard to tell,
You don't know,
Oh, oh,
You don't know you're beautiful,
Aku hanya habiskan nyanyianku di situ. Adakah aku dapat nyanyikan ia dengan baik? Aku fikir aku telah mengubah melodinya tadi kerana aku tidak tahu membaca melodinya. Mujurlah aku mendengar pesembahan mereka tadi, sehingga dapat juga menyanyikan bait-bait lagu itu. Wajah mereka kaku. Terutama sekali lelaki berambut kerinting itu. Ternganga memandangku tidak berkelip. Oh no! mereka tahu rahsia aku sekarang?
Pintu akhirnya dapat dibuka. Tuan pengarah dan Jonny lekas masuk menghampiri kami. Zayn diam dan tidak jadi untuk mengoyakkan kertas kontrak itu. Dia menyerahkan kepada Tuan pengarah dan terus pergi. Apa yang berlaku? Adakah dia menerima aku untuk menjadi ahli kumpulan mereka? Sikapnya .. tak boleh diduga?hmm…
“Suara kau… pelik, tapi ia bagus!’’ puji lelaki berambut kerinting itu. “ Aku rasa Zayn akan terima kau. Dan sekarang kita akan jadi satu kumpulan!’’ ujarnya lagi dan terus pergi. “ Tapi Zayn paling tidak suka kalau melodi lagunya ditukar.’’kata rakanya lagi seorang. Aku terpinga-pinga seketika. Suara bagus? That’s imposibble.
…………………………………………………..
Harap korang enjoy dengan permulaan kisah ni.
Jalan ceritanya dipetik daripada drama He’s beautiful.
untuk tahu cerita ini selanjutnya boleh lah layari web di bawah ini:

love story..

DALIYA  memandang kiri kanan. Line clear!  Bisiknya dalam hati. Cepat-cepat dia melangkah menuju ke pintu lif. Pertama sekali dia harus memastikan kalau dia akan tiba lebih awal di lobi sebelum Tengku Khairil masuk pejabat. Dengan rasa tenang dan gembiranya Daliya menunggu pintu lif. Alangkah remuknya hati saat pintu lif terbuka luas wajah Tengku Khairil muncul di hadapanya.                                                                                                                                                                                                                                                         “Awak  hendak kemana ni Liya?’’ soalnya. Daliya sudah menduga kalau encik Khairil pasti akan bertanya sedemikian. Apa yang patut aku jawap ni?                                                                                                                                                                                                                                                        “Nur Daliya, saya tanya awak. Awak  dengar ke buat-buat tak dengar?’’ sembur Tengku Khairil.                                      “Dengar..alah encik Khairil, saya nak pergi keluar makan kejap aje. Perut saya lapar gila ni. Siap berlagu Faizal Tahir  lagi ni’’ balas Daliya pula. Kedengaran keluhan majikannya itu setelah Daliya berkata sedemikian.                                                                                                                                                                                                 “Daliya, Ke ruangan saya sekarang!’’ jerkah tengku  Khairil membuatkan terhentinya lagu Faizal tahir yang berkumandang dalam perutnya tadi. ‘Ambik kau! mampuslah aku lepas ni’. Gerutu Daliya sendiri.                                                                                                                                        

“MAK, belum cukup lagi ke penjelasan Airil tadi? Dia kan dah cakap kalau dia memang akan berkahwin. Tapi bukan buat masa sekarang ni.’’ Tengku  Sharipah memujuk emaknya, Tengku Badriah. Pening dia dengan sikap emaknya yang sering memaksa Khairil untuk berumah tangga dengan segera. Padahal anak lelakinya yang tunggal itu baru sahaja mencecah 23 tahun. Masih terlalu muda untuk menempuh alam perkahwinan. Tapi emaknya itu, bukanya senang untuk mengerti posisi Tengku Khairil yang masih mentah. Kalau itu yang dia mahu, itulah yang muktamad.  ‘Hai..makin tua makin menjadi-jadi’ ngomel Tengku Sharipah sendiri.                                                                                                                                                                                                         “Mak bukanya nak memaksa. Tapi Ril tu calon pun belum ada lagi..kalau calon pun tak ada bila masanya nak kahwin. Mak ni bukan apa, dah tua macam ni teringin jugak nak menimang cucu. Tuu..kawan mak, ramai tak ramai cucu dia boleh buat main satu team bola sepak. Mak ni harapkan Airil tu alamaknya tutup mata dululah agaknya.’’ Jelas Tengku Badriah lagi.     
  “Janganlah cakap begitu. Airil mesti kahwin tapi bukan buat masa sekarang ni.’’ Pujuknya pula.                                “Habis bila? Tahun depan? Macam inilah..susah-susah sangat biar emak aje yang carikan calon isteri untuk Airil tu.’’ Bahtah Tengku Badriah lagi. Terkedu Tengku Sharipah di situ. Sudahlah tadi pagi pun dia terkejut dengan kehadiran mak tiba-tiba di rumah. Di tambah pula dengan sekarang ini. Datang-datang saja ajak ke pejabat Khairil untuk bebincang pasal kahwin. Pengaruh kawan mak memang kuatlah.                                                                                                                                                                                                          “Mak, Ril kan dah cakap tadi kalau dia memang sudah ada calon. Satu pejabat lagi. Tak payahlah mak susah-susahkan diri mak untuk cari calon menantu untuk Pah.’’ Tengku Sharipah berdalih.                                                                           “Haa..kalau macam gitu, bawak mak pergi jumpa budak tu sekarang. Mak nak tengok calon isteri pilihan ril tu macamana orangnya.’’ Gesa Tengku Badriah. Tidak sempat berkata apa tangan Tengku Sharipah sudahpun ditarik emaknya. Tak sabar-sabar!
KECUT perut Daliya melihat wajah kusut bosnya itu. Tahulah dia buat salah tapi tak akanlah buat muka sampai macam tu sekali. Sudah macam tiang bus stop dah tu.                                                                                                                               “Tahu apa kesalahan awak?’’ mendatar sahaja soalanya. Daliya mengganguk perlahan.                                                        “Baguslah kalau tahu. Tapi buat-buat tak tahu. Begitu?’’ katanya sinis. Daliya hanya diam.                                                   “Kalau denda tak boleh keluar lunch itu maknanya tak boleh makan. Faham?’’ perlinya lagi. Daliya masih diam sambil memandang lantai. Khairil memandang Daliya lama. Sengaja untuk menghukum assistent  barunya itu untuk melepaskan geram terhadap neneknya tengahari tadi. Pantang untuk Khairil bila sebut isu mengenai perkahwinan. Isu yang paling sensitif untuknya.                                                                                                                                                                    “Tak boleh ke awak  patuh pada arahan saya? Patutlah badan tu makin montel aje, kuat makan rupanya.’’ Sembur Tengku Khairil. Menyirap darah Daliya  ke muka bila ayat yang keluar dari mulut lelaki itu memang sudah betul memanaskan telinganya. ‘Sedapnya dia kata aku montel.’ Desisnya. Namun, akhirnya Daliya mengurut dadanya perlahan. ‘Sabar Liya sabar..dia Bos kau. Kau baru masuk kerja sini dua minggu lepas. Kau jangan cari pasal lagi dengan mamat ni..kang, tak pasal-pasal kau kena fire dari sini.’ Gerutunya dalam hati. Wajah Tengku Khairil di pandang dengan rasa geram. Tengku Khairil dapat menangkap seraup wajah yang merenungnya dengan tajam itu. Lantas dia membalas renungan itu. Mata  bertentangan mata. Daliya tewas! Renungan mata Tengku Khairil itu betul-betul menusuk kalbu. Tengku Khairil tertawa dalam hati. Ingin dia berkata sesuatu, i-phone   miliknya itu rancak berbunyi. Bagus! kesempatan aku untuk keluar dari sini! Daliya mengundur setapak ke belakang. Kelihatan wajah Tengku Khairil berubah mendadak. Daliya mengundur lagi setapak. Tengku Khairil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masaalah betullah! Tapi saat terpandangkan Daliya seraya dia tersenyum sinis. ‘yes! Dia ni aku boleh jadikan sasaran.’ Melihat Tengku Khairil memandangnya sebegitu, secara automatik langkah Daliya terhenti. ‘apesal mamat ni pandang aku semacam aje ni? Seram aku dibuatnya.’ bisik Daliya  yang turut memandangnya.                                                                                                                                                                                              “Hoi, siapa suruh awak keluar?’’ keras pertanyaanya. Daliya mengeluh lagi. Telefon di atas mejanya berbunyi lagi. Kali ini dia tidak bercakap banyak. Sekadar cakap ya,okey sahaja. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka. Terjenggul wajah Tengku Badriah dan Tengku Sharipah.                                                                                                                                                                     “Selamat tengahaa..’’ayat Daliya tergantung.                                                                                                                                                                                                                               “Mak buat dekat sini?’’ potong tengku Khairil.                                                                                                                                    “Saja datang melawat ofis Ril. Tak boleh ke?’’ balasnya. Khairil tahu itu bukan tujuan utamanya. Nasib baiklah mama cepat-cepat memberitahunya tadi.                                                                                                                                                           “Mak, bagitahu aje apa tujuan mak datang ni? Tadi kan kita dah disscuss pasal tu. Tak cukup lagi ke?’’ kata Tengku khairil lagi. Daliya yang berada di dalam ruangan itu berasa janggal sekali. Dia mengundur pelahan-lahan ke pintu keluar. Belum sempat tombol pintul di sentuh, Daliya terdengar satu ayat yang keluar dari mulut Tengku Khairil yang betul-betul membuat jantung Daliya berhenti berdetak. ‘Betul ke apa yang aku dengar tadi? Atau telinga aku ni yang tak betul agaknya?’                                                                                                                                                                                           Bulat matanya melihat Tegku Khairil yang menghampirinya lantas memaut lengan Daliya tanpa berkata apa. Semakin kencang jantungnya berdetak di saat tangan lelaki itu erat memaut lengannya. Taktik apa pula ni?                                                                                                                                                                                                                                           “Mak nak tahu sangat kan, inilah teman wanita Ril. Liya, kenalkan ini nenek saya.’’ Terkesima Daliya seketika. ‘Mamat ni dah tak betul agaknya. Sejak bila pulak aku jadi awek dia ni? Dah lah tadi mengata aku ni montel. Tak malu pulak yer kau mengaku aku ni teman wanita kau?’ desis Daliya. Tiba-tiba dia merasakan lengannya di paut keras. Aww! Sakitlah ngok. Mata Khairil tajam merenung Daliya. ‘Huh, bila-bila nak mintak pertolongan orang janganlah berkasar. Kang, aku tak mengaku malu muka  jugak hang hari ni...’ gerutu Daliya. Sambil megukir senyuman termanisnya, Daliya bersalaman dengan Tengku Badriah.                                                                                                                                                                                                              “Apa khabar nek, saya Daliya.’’ Ujarnya lembut. Sopan jugak orangnya. Ucap tengku Badriah dalam hatinya. Setelah itu Daliya bersalam pula dengan Tengku Sharipah. Lega Khairil seketika.                                                                                                   
   “ Daliya tak payah panggil nenek, panggil mak aje cukuplah. Ril pun panggil macam tu jugak.’’                                             “Kalau macam tu mak pun tak payah lah panggil Daliya. Panggil Liya aje.’’ Jawap Daliya sopan. ‘pandai jugak minah ni belakon. Boleh galas anugerah pelakon terbaik ni’ desis Khairil pula. Tersenyum Tengku Badriah memandang Tengku Sharipah. ‘Hmm..mak nampak macam berkenan aje dengan budak ni. Kes naya Airil ni...’ gerutu Tengku Sharipah dalam hatinya.                                                                                                                                                                                 “Em,bila agaknya Liya ada masa free?”soalnya pula. Terpinga-pinga Daliya dengan pertanyaan itu. Sekilas dia melihat Tengku Khairil membulatkan matanya sambil memuncungkan bibirnya ke arah  file-file yang berselerak di atas mejanya. Gulp! Daliya memandang wajah Tengku badriah pula.                                                                                                  “Aaa..Liya minggu ini sibuk sikit. Jadual penuh sangat.” Jawap Daliya. ‘Yes! Pandai jugak minah ni kelentong.’cebik Tengku Khairil. Wajah Tengku Badriah berubah muram. ‘Rasa bersalah pulak menipu.’ Desisnya.                                                                                                                                                                                                                                         “Tapi kalau ada masa free, itupun atas permintaan bos sendiri. Liya ikut aje.”sambung Daliya. Tercelik mata Tengku Khairil mendengarnya. ‘kurang asam betol lah,ish..kau tahu tak apa yang kau cakap tu, malapetaka untuk aku..siap kau Liya!’. Tengku Badriah mula mengukir senyuman sambil memandang cucunya.  Tengku Sharipah sekadar memerhati. Hanya itu yang mampu dia buat.                                                                                                                                                   “Okeylah,mak balik dulu. Kalau ada masa terluang, harap Liya sudi singgah ke rumah.”katanya pula. Selesai bersalaman, Daliya menghantar Tengku Badriah dengan Tengku Sharipah ke lobi. Nampak gayanya dia bakal mengundang satu masalah dalam hidupnya dan semuanya bermula dari Tengku Khairil. Daliya mengeluh lemah. Belum sempat kakinya melangkah, terasa pantas lengannya ditarik oleh seseorang. Ternyata tangan Tengku Khairil yang kemas menarik lengannya. Segera Daliya menarik tangannya kembali.                                                                                                                                                                                                                                    “Awak memang sengaja kan cakap begitu depan mak saya?dan nampak gayanya awak memang suka nak bagi dia harapan.”ujarnya.  “Harapan apa maksud encik Khairil?” tanya Daliya geram. ‘Bukan hendak berterima kasih dekat orang yang dah bersusah payah tolong cover line dia!’cemuh Daliya dalam hatinya.                                                                                                                                                                                                                                                    “Harapan kalau kita ni memang  pasangan kekasih.”balasnya. “Encik Khairil,saya Cuma jalankan permainan yang awak mulakan. Jadi tolong jangan nak salahkan saya atas apa yang berlaku tadi.”bantah Daliya. Tengku Khairil mendiamkan dirinya tanpa membalas kata-kata Daliya. Dia tahu kebenaran setiap kata gadis itu. Sesaat dia merenung Daliya tajam.                                                                                                                                                                                                “Okeylah, jadi lepas ini jangan nak merungut kalau saya suruh awak buat perkara yang awak tak suka.”sinis kata-katanya. Daliya berasa semakin sakit hati tatkala ayat itu terkeluar dari mulut lelaki itu. Apapun alasanya Encik Khairil tidak patut mengugutnya seperti itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             “Dan satu lagi..bersiap sedialah untuk mulakan permainan ni.”ujarnya lagi.                         
  “Apa maksud Encik Khairil?”tanya Daliya inginkan kepastian. Dia tidak mahu untuk terjerumus lebih dalam lagi ke alam penipuan. Cukuplah apa yang berlaku hari ini.                                                                                                                              Our game in your hands..be careful Daliya.”katanya lantas meninggalkan Daliya yang masih terpinga-pinga di situ. Daliya meraup mukanya berkali-kali. Kenapa harus aku??                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
                                                                                                                                                                                                     
JARUM  jam telahpun melangkaui pukul 11 malam. Namun, Daliya masih belum dapat melelapkan matanya. Dia masih memikirkan pristiwa yang belaku. Dia tidak mahu terus menerus membohongi Tengku Badriah dengan mengaku-ngaku dialah teman wanita Tengku Khairil walaupun sebaliknya. Tapi tadi dia telahpun memulakan penipuan itu dan tidak mungkin dia perlu mengakhirinya sendiri. Tengku khairil pasti akan mengamuk sakan. Arghh! Ini semua angkara dia. Bantal peluk itu ditenyeh geram.                                                                                                                                                                                                                                                                                                      “Marahkan siapa sampai macam tu sekali?’’tegur Azira yang terjenggul dibalik pintu bilik Daliya. Spontan Daliya menggosok bantal peluknya sambil tersengeh memandang teman sebiliknya itu.                                                                        “Sejak bila  kak Zira dekat situ?’’tanya Daliya setelah Azira telahpun melangkah masuk ke ruangan itu. Azira tersenyum kecil. Senyap tanpa menjawap pertanyaan Daliya.                                                                                           “macamana,okey ke tak kerja dekat situ?’’Azira sengaja berhelah. Daliya menompang dagu. Cuba membandingkan perkerjaannya sekarang dengan yang dulu. Hmm...semuanya sama. Tak lekang dari masalah. Dulu dia berhenti kerja dari situ disebabkan rakan kerja  yang sering mencari masaalah dengannya. Hampir setiap hari, ada saja yang di buatnya tidak kena. Itu salah, ini pun salah. Dia penat untuk berterusan begitu. Akhirnya, Daliya memutuskan untuk meninggalkan perkerjaannya itu. Mungkin itu lebih baik, apatah lagi dia mendapat tahu ada peluang perkerjaan di Syarikat Mesra Holding’s. Sekarang,dia berkerja di bawah pengawasan Tengku Khairil. Pada mulanya dia seronok dengan perkerjaan barunya itu. Tapi setelah dua minggu berkerja, barulah dia tahu sikap bosnya itu seperti apa. Salah taip sikit pun kena denda. Itu baru tersalah taip, kalau tersalah benda lain?tak ke kes naya? Arghh..sekarang ni,dia telah tersilap langkah lagi. Berpura-pura menjadi teman wanitanya. ‘Hahh..teman wanita konon,tapi kalau betul pun tak apa. Untung jugak bila jadi teman wanita bos. Naik sikit status aku. Tapi, argrhh...tak. aku tak sudi. Dia tu macam singa. Kalah cikgu disiplin aku masa dekat sekolah dulu. Boleh tekanan jiwa aku kalau jadi teman wanita dia betul-betul. Patutlah tak ada perempuan nak dekat dengan dia. Harap muka aje hensem,tapi macam singa!’ gomel Daliya dalam hatinya. Berkerut wajah Azira melihat raut wajah  Daliya yang berubah. Nampak seperti hendak menumbuk muka orang aje. Apesal pulak  ni? “Hei..Liya, kenapa ni?’’tegur Azira. Daliya pantas menggeleng. Dia tidak boleh ceritakan semuanya kepada Azira. Selama ini Azira sudah banyak menolongnya. Dia tidak mahu menambah beban Azira dengan masaalahnya lagi.                                                                                                                                                                                          “Kerja Liya okey lagi buat masa sekarang ni.”balas Daliya. Dia berpura-pura menguap. Uarghhh...             “Hmm..mengatuklah. Liya tidur dulu, selamat malam.’’Daliya terus merebahkan badannya di atas katil. “Okeylah,selamat malam.”ucap Azira setelah melihat Daliya yang sudahpun membaringkan tubuhnya, Azira mengambil tuala untuk memcuci muka. Sudah menjadi rutin hariannya setelah pulang dari tempat kerja. Bersihkan make-up yang masih tersisa. Sekilas dia melihat Daliya yang kelihatan sangat polos ketika memejamkan matanya itu. Dia tahu Daliya hanya berpura-pura. Pasti ada sesuatu yang disembunyikan darinya. Azira sudah arif benar dengan perangai gadis yang sudah dia anggap sebagai adiknya itu. Bertemu dengan Daliya telah merubah sebahagian dari kehidupannya. Dia sebatang kara di dunia, dan Daliya satu-satunya teman yang sangat mengerti dirinya. Seandainya ada yang berani melukai hati gadis sebaik Daliya, dialah orang yang tak punya hati untuk menilai semua itu.     
SEPERTI pagi kebiasaanya, Daliya menunggu bas untuk ke tempat kerja. Bas adalah salah satu penggangkutan awam yang mejadi pilihan Daliya. Walau begitu sarat dengan banyak penumpang, Daliya tidak kisah asalkan jimat wang belanjanya untuk kenderaan lain. Kalau dihitungkan dia memang sangat mampu untuk membeli sebuah kereta, tapi sikapnya yang lebih suka menyimpan wangnya itu memang sukar untuk dihakis. Daliya selalu berfikir kalau wangnya lebih baik disimpan untuk kegunanan yang lebih penting. Tambahan pula dia sangat suka melayani kerenah pemandu bas Rapiq KL yang sudah lama mengenalinya. Pemandu bas pun sudah terbiasa dengan Daliya. Agak lama juga dia termenung di situ dan akhirnya bas yang ditunggu pun tiba. Wajah muram Daliya pada hari itu membuatkan pemandu bas teragak-agak untuk menegurnya. Daliya masih memikirkan akan masaalahnya dengan Tengku Khairil. Menyesal rasanya kerana mengaku teman wanita lelaki itu. Tapi kalau dia tidak melakukan tindakan itu semalam pasti dia akan mengundang kemarahan majikanya itu. Arghhh! Daliya dalam dilema.                                                                                           Tapi dengan tiba-tibanya hari itu Daliya bagaikan mahu terkena serangan jantung. Apa tidaknya, wajah Tengku Khairil tiba-tiba muncul dihadapanya. Adakah dia sedang berkhayal?? Daliya tidak mahu memikirkan masalah itu sekarang kerana tangannya sudahpun ditarik oleh lelaki itu. Mereka berpandangan antara satu sama lain sehinggalah Daliya tersedar kalau bas tadi sudahpun jauh meninggalkannya.                                                                                                                “Hei...!tunggulah!”panggil Daliya sambil berlari anak mengejar tapi bas sudah jauh pergi dan Daliya hanya mampu mengeluh. Tengku Khairil berjalan perlahan mendapatkan Daliya. Dia pun turut memandang bas yang sudah meninggalkan gadis itu. Daliya berpaling ke arah Tengku Khairil dan merenungnya dengan perasaan marah dan geram hendak menumbuk muka lelaki itu.                                                                                                                                                       “Kenapa awak pandang saya dengan muka macam tu?’’soalnya.                                                                                                “Awak tanya kenapa? Eh, awak tak nampak ke bas saya dah pergi. Habis sekarang ni saya nak naik apa?’’   Tengku Khairil sekadar mencebik. Tanpa menjawap pertanyaan Daliya dia menuju ke kereta jaguar miliknya. Ternganga daliya dengan tindakan majikannya itu. ‘Apa motifnya menarik aku tadi? Dia ni dah sewel agaknya. Sah! Dia ni memang tak betul.’ngomel Daliya dalam hatinya. Dengan rasa tidak puas hati Daliya mendapatkan lelaki itu sambil membebel. Semuanya dia luahkan termasuklah tambang teksi yang mahal. Tengku khairil mahu tertawa tetapi dia cuba mengawalnya dengan buat-buat selamba.                                                                                                                                              “Lepas tu kalau saya tunggu bas tadi, saya datang lambat dan Encik Khairil pun mesti denda saya. Samaada tak boleh keluar makan tengahari ataupun buat kerja yang paling ‘best’ dalam dunia...’’ Daliya berhenti spontan. Alamak! Dia terlepas cakap lah pulak.                                                                                                                                                                     “Apa maksud awak kerja paling ‘best’ dalam dunia?’’ Tanya Tengku Khairil setelah dapat menangkap sesuatu yang terkeluar dari mulut Daliya tadi. Gulp! Daliya menelan air liurnya.      

bersambung....('',)                                                                        

Tuesday, 10 September 2013

Sebenarnya aku sayang kau!



Bebas. Akhirnya.. cuti raya telah pun bermula. Perasaan untuk beraya dengan sedara mara yang akan pulang ke rumah tok abah kali ini memang ditunggu-tunggu. Petang ini aku bercadang untuk ke rumah Siti. Nak pergi tengok baju raya aku tahun ni lah. Tak sabarnya….

“Diana!’’ namaku dipanggil seolah-olah aku kini berada di hutan. Suara kak Linda memang lantang. Kalau sekarang aku berada dekat hutan, dia lah tarzannya. “Ya!’’ aku menyahut akhirnya. “Turun cepat!’’ pekiknya lagi. Apehal pulak ni? Desisku. Aku turun ke bawah tapi di marahi pula olehnya. “Eh, pakai tudung! Tu mak su datang.’’ Kak Linda merunding jari ke arah kereta mewah yang kini berada di halaman rumah.

‘alamak! Dia tu datang beraya kat sini pulak. Rosaklah raya aku tahun ni.’ Cebikku. Khairil Hazran! Sepupu aku dari Johor Bharu. Sebenarnya dia cuma anak angkat Mak su. Masihku ingat ketika dia datang beraya di sini tiga tahun lepas. Argh! Sungguh… dia sangat menyakitkan hati. “Hoi, yang kau tercenggang kat sini ni buat apa?’’ teguran kak Linda membuatku pantas berlalu ke atas semula.

Rumah kayu aku kini riuh rendah rasanya biarpun hanya dengan kehadiran keluarga Mak su. Kata ibu malam nanti Along akan balik. Yes! Tak sabarnya nak tengok anak buahku yang baru. Yelah, along dah lama tak balik kampung sejak berkahwin dan menetap di Singapura. Rancanganku untuk ke rumah Siti pada petang itu terbantut di situ.

“Diana, boleh tolong Mak su tak?’’ suara Mak su menerjahku yang sedang asyik menonton televisyen. “Insyaallah, ada apa tu Mak su?’’ aku bangun dari tempat duduk. Mak su menghulurkan duit dua puluh ringgit. “Tolong pergi bazar belikan lauk-pauk untuk Haz. Dia tak makan gulai ayam kampung.’’ Balas Mak su. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit. Aku? pergi belikan lauk untuk dia? Sebab dia tak makan gulai ayam kampung yang sedap gila tu?

“Boleh aje Mak su, tapi… Haz kenalah ikut sekali. Tak kan lah D nak pergi sorang-sorang.’’ Aku sengaja. Hazran… jangan ingat kau boelh senang-senang nak arah aku ke situ sini sedangkan kau sedap duduk rumah goyang kaki. Ini bulan puasa tau! Angin aku memang tak cukup baik memandangkan aku pun berlapar dahaga jugak.

Huh! Melihatnya dengan rambut ala-ala k-pop tu pun dah buat aku naik menyampah. “Nah!’’ aku mecampakkan kunci motosikal itu kepadanya. Terkebil-kebil dia memandangnya. “kau nak sangat pergi bazar kan, so.. faham-fahamlah.’’ Ujarku. Aha! Kedengarannya kurang ajar tapi ada aku kisah? Tak kan aku pulak yang nak bawak motor ni. Kalau aku yang bawak maknanya sia-sialah rancanganku nanti.

“Dengan motor buruk ni?’’ soalannya memang membuatku panas hati. Motor buruk dia cakap? Hey.. dengan motor buruk ni lah aku berulang alik ke sekolah hari-hari tau. Okey aje! “Jangan nak mengada-ngada sangat. Motor tok abah zaman muda-muda lagi ni tau. Kau hina motor ni sama jer kau hina tok abah sebab tok abah sayang giler dekat motor dia ni.’’ Kata-kataku jelas membuatnya terdiam. Hehehe… saja je nak menyakat budak bandar yang belagak ni.
Tapi dia masih juga tidak bergerak. Berdiri di situ seolah-olah tiada apa yang berlaku. “Kau nak pergi tak ni?’’ aku mulai mencekak pinggang. “Kau pergi sorang aje tak boleh? Nak kena teman-teman? Atau kau memang sengaja nak berdua dengan aku?’’ ujarnya pula. Ngeee…. Berdua-dua dengan dia? Eh please lah, kalau aku mati hidup semula pun belum tentu mahu.
“Dah kau yang nak makan, kau pergilah. Atau kau nak makan gulai ayam kampung?’’ tanyaku pula. Dia menggurut tekaknya perlahan-lahan. “Ee.. buat loya aje!’’ ujarnya. Aku mencebik. Loya konon! Makan makanan mat salleh yang entah apa-apa tu tak loya pulak? “Dahlah, kalau tak nak pergi. Nanti berbuka aku gorengkan telur mata sebijik dengan kicap.’’ Aku mulai melangkah untuk pergi tapi tanganku ditarik.

“Tak ada! Jom.’’ Dia menarikku kembali ke motor itu. Aku menarik tanganku kembali. Hampir beberapa minit berlalu dia masih juga tidak dapat menghidupkan motor itu. Eh Haz, kau ni lelaki ke perempuan? Bila enjin hidup dia masih juga belum menekan gear motor. “Tekanlah gear tu,’’ aku menyuruhnya. Apabila ditekan enjin pula yang mati. Aduh… agaknya sampai ke subuh tak dapat pergi bazar kalau mamat ni bawak motor.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. ‘Nanti Mak su panggilkan Haz, tapi dia tak pandai bawa motor. Duduk belakang dia pandai.’’ Kata-kata Mak su tergiang-giang diingatanku. Yelah.. niatku tadi hanya untuk mengenakan Hazran aje. Memang sah, lelaki ini tak akan pernah mahu mengaku kalau dia sememangnya tidak tahu bawa motor. Kalau dah ego tu tinggai di awan memang susah nak turunkan. “Dahlah, malas aku nak pergi bazar.’’ Dia mengalah akhirnya. Sewaktu langkahnya untuk pergi tanganku pula yang menariknya.

“Tak ada, jom.’’ Aku mengulangi kata-katanya tadi. Dia membonceng di belakang. Kami berlalu dari perkarangan rumah. Sewaktu dalam perjalanan aku masih teringatkan minit-minit yang berlalu tadi. Aku tertawa sendiri. “Eh, kau kenapa? Dah gila?’’ Dia bersuara. “Kau lah buat aku jadi gila.’’ Balasku yang masih dengan sisa tertawa. “Maknanya selama ni kau memang dah gilakan aku lah yer?’’ kata-katanya membuat tawaku terus mati.

“Tak ada maknanya nak gilakan kau. Nanti boleh jadi gila betul-betul aku.’’ balasku. “Alah.. kalau tak nak mengaku tu cakap ajelah, tak payah nak buat alasan macam tu.’’ Katanya. “Kau tu yang tak nak mengaku, kalau tak reti bawa motor tu mengaku ajelah.’’ Kataku. Dia diam. Malulah tu. Aku mulai dihuni rasa bersalah. Tapi aku pun tak mahu berminta-maaf dengan dia. Dia pun tak minta maaf setiap kali sakitkan hati aku. Biarkan ajelah…

Selesai membeli lauk pauk yang diinginkan. Aku berniat untuk singgah ke rumah Siti. Dah alang-alang memang aku akan lalu di jalan rumahnya yang sama dengan laluan rumahku. “Eh, kenapa kau berhenti kat sini?’’ “Nak jual kau!’’ balasku acuh tak acuh. “Kau duduk sini.’’ Aku mengarahnya. Langkahku terus ke depan rumahnya.

“Assalamualaikum,’’ aku memberi salam. “Waalaikumussalam, Diana..’’ Siti menjawap salamku dengan senyuman. “Nak apa datang petang-petang ni?’’ dia sengaja menagajukan soalan itu. “Eleh, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..’’ balasku. Dia tertawa. Pandangannya teralih ke arah lelaki itu. “Eh, siapa tu Diana?” soalnya. “Anak Mak su aku.’’ balasku ringkas. “Oh.. yang masa kecik-kecik dulu tu? Kalau tak silap Hazran namanya.’’ Kata Siti. Aku mengganguk perlahan. “Bila dah besar ni nampak kacak juga orangnya. Kau tak berkenan ke D?’’ gelinya tekak aku mendengarnya.

“Terasa loya tekak aku Siti..’’ balasku. Siti ketawa lagi. “Kau jangan D, benci ni lama-lama jadi sayang. Tak elok benci orang lebih-lebih nanti jadi suami baru tahu.’’ Usik Siti. “Mintak jauh. Simpang malaikat 44. Dahlah, Siti.. baju raya aku mana? Aku nak balik dah ni.’’ Aku sengaja mngalih topik perbualan. Yelah, aku memang tak sukakan topik yang itu. Si Haz tu jadi suami aku? dalam mimpi pun tak hingin. Boleh hancur rumahtangga aku agaknya.

Siti masuk ke rumah dan kembali dengan membawa beg plastik. “Kau tengoklah dulu. Kalau ada yang nak diperbetulkan kau cakaplah.’’ Ujarnya sambil menghulurkan aku beg plastik yang berisi baju raya aku. Tersenyum aku melihatnya. “Tak adanya yang nak diperbetulkan. Aku yakin dengan khidmat kau.’’ Balasku. “Oh ya, berapa ni?’’ aku mengeluarkan beberapa not sepuluh tinggit.

“Macam biasalah D, aku tak berkira sangat dengan kau.’’ Katanya. “Eh jangan cakap macam tu Siti, kawan lain. Berniaga lain.’’ Aku menghulurkan tiga puluh ringgit. Dia masuk ke dalam dan menghulurkan bakinya kepadaku dua ringgit. “Nah bakinya.’’. “Terima kasih Siti. Raya nanti jemput ke rumah yer.’’ Aku bersalaman dengannya sebelum melangkah ke motorku.
“Kalau aku reti bawa motor ni memang aku dah lama aku tinggalkan kau kat sini.’’ Hazran membebel. “Tak apa, nanti aku ajar kau naik motor. Bayarannya mahal sikit sebab kau ni musuh aku.’’ balasku pula. “Tak perlu. Aku ada kereta.’’ Dia sudah mula  berlagak. Yelah, anak orang senang kan. Pada usia 20 tahun dah pakai kereta sendiri. Aku pulak masih lagi belajar, ke sekolah pun bawak kapcai ni jer. Nak tandingi dia? Memang tak lah…

 “Nah! Pegang ni. Tak muat nak letak dekat sini.’’ Aku menghulurkan kepadanya. Kami pun berlalu pergi.

Malam itu kami berbuka bersama. Gulai ayam kampung masakan tok abah memang terbaik. “Memang sedaplah gulai ayam kampung ni, dah lama tak merasa air tangan tok abah.’’ Kata Pak su. Tok abah tersenyum kecil.  Selesai menunaikan solat maghrib, Ibu mengajakku sembahyang terawih bersama. Aku ingin mengikut ibu memandangkan ini adalah minggu terakhir kami berpuasa. Aku mengintai bilik tetamu. Kemana si Hazran ni? Lepas berbuka terus aje lesap entah kemana.

“Cari siapa D?” tegur Mak su. Mujur masih kuat jantungku. Kalau tak, memang dah go on tadi. Yelah, dengan memakai kain telekung sembayang warna putih dengan tiba-tiba muncul. siapa yang tak terkejut? Aku mengomel sendiri. “Haz mana Mak su?’’ tanyaku perlahan. “Oh, Haz? Dia masih dekat tandas. Sakit perut katanya.’’ Balas Mak su. Aku mengganguk perlahan. Iya ke sakit? desisku pula. “Tapi dia nak ikut sembayang terawih ni. Em.. D tunggu dia kejap pergi sekali.’’ Pinta Mak su pula.

Mahu tak mahu terpaksalah aku tunggu si hazran tu. Kalau ikutkan hati memang tak mahu. Tapi apa boleh buat. Hmm… aku menompang dagu di atas tangga. “Weh, apa kau buat kat sini? Mama aku mana?’’ suara lelaki itu muncul lagi. “Mama kau dah pergi dulu tadi. Dia suruh aku tunggu kau dekat sini.’’ Balasku. Dia turun tangga tergesa-gesa. “Ee.. daripada berteman dengan kau baik aku pergi sorang-sorang!’’ ujarnya. Langkahnya sudahpun meninggalkan aku terpinga-pinga di situ.

Ish! Langsung tak reti nak hargai orang. Menyesal aku tunggu kau kat sini tadi. Menyesal! Jeritku dalam hati. Baru saja langkahku ingin bergerak aku melihatnya berlari ke arahku lagi. Ni apehal pulak mamat ni? Dah kena sampuk ke apa? Tadi bukan main lagi tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. “Apehal kau ni?’’ soalku. “Ah! budak-budak kampung kau tu lah. Sesuka hati baling mercun. Nasib baik tak kena kepala. Kalau tak, tak beraya lah aku.’’ termengah-mengah jawapnya. Terkekeh-kekeh aku ketawakan dia. Mukanya kelihatan berang. Aku masih tidak dapat menahan rasa lucu itu. Lari dari mercun rupa-rupanya. Itulah balasan namannya. Lain kali jangan buat orang lain sakit hati.

Aku mulai melangkah meninggalkan dia. Budak itu masih suka menyakat Hazran memandangkan tadi Hazran sudah lari lintang pukang kerana takutkan mercun. Bukan mercun bahaya pun, setakat mercun kotak ni pun dah takut. “Eh, kau jalan depan aku boleh tak? Rimaslah.’’ Aku menyuruhnya ke depan. “Tak nak aku. nanti bebudak tu baling mercun lagi.’’ Balasnya pula. Aku tersengeh. “Tak adanya bebudak tu nak baling mercun. Diorang dah balik dah.’’ Kataku tenang. padahal aku tahu budak-budak hanya menyorok di sebalik pohon bunga itu.

Dia memandang sekeliling. Memang tak kelihatan lagi budak-budak yang mengacaunya tadi. Sebaik sahaja langkahnya ke depan. Pommmm! Mercun itu terkena pada kain pelekatnya menyebabkan kainnya hangus terbakar. “Eh,  api! Api’’ aku pantas mengambil mayang pinang yang ada di pinggir jalan untuk memadamkan api. Alah sikit aje pun. Tapi mukanya sudah berpeluh sakan. Aku tertawa lagi.



“Ah! sudahlah kau. Kain aku dah hangus macam ni kau masih aje nak ketawakan aku.” dia tidak jadi untuk ke surau sebaliknya mahu pulang ke rumah. Tiba di surau pun aku masih tak dapat lupakan peristiwa itu. Sisa ketawa pun masih belum hilang kerana Hazran.

Hari ke 6 sebelum raya…
               
                “Alolo.. comel nye anak along ni. Muka dia sebijik macam along masa kecik.’’ Pujiku sambil mengendong tubuh anak kecil yang baru berusia 9 bulan. “Comel aje macam along, tapi perangai macam kak Farah.’’ Kata Along sambil menjeling ke arah kak Farah. Aku tersenyum kecil. “Ada-ada aje lah along ni. Bella ni masih budak lagi.’’ Kataku pula. “Yela budak, kuat merengek, mengada-ngada, sebab itulah along cakap macam kak Farah.’’ Along masih menyakat kak Farah.
“Bila masanya saya merengek? Mengada-ngada?’’ kak Farah masuk perangkap along. “Tak kan nak buka rahsia awak kat sini, nanti lepas berbuka saya cerita depan tok abah sekali.’’ Kata along. Sekaligus, melayang satu cubitan ketam singgah ke lenggannya. “Aduih! Sakitnye yang…’’ along mengadu sakit. “Tak sakit? meh nak bagi lagi..’’ kak Farah sengaja menunjukkan tangan pengepit ketamnya. “Tak nak, tak nak, tak nak,’’ dia bergegas pergi dari situ.
“Sebenarnya dia tu yang merengek, mengada-ngada. Tengok tu, cubit sikit dah sakit macam orang nak beranak.’’ Bebel kak Farah. Aku terkekeh-kekeh ketawa. Perangai along memang tak akan berubah. Kak Farah minta aku untuk jaga Bella sementara dia menolong kak Linda di dapur. Aku memang sukakan budak-budak tapi aku benci dengan orang yang perangai macam budak! Mataku beralih ke arah Hazran yang sedap melingkar di depan televisyen.
Amboi-amboi sedapnya si Haz tu tidur. Lagaknya macam tv yang tengok dia. Bukan dia yang tengok tv tu. Ni macam kes dia yang bayar bil elektrik rumah aku tiap-tiap bulan. Geram pulak aku tengok dia lama-lama. Rasa macam nak hempuk dengan… ha, ni dia. “bella, pimjam kejap yer, mak su nak kejutkan abang Haz.’’ Bisikku ke telinga anak kecil itu. Patung itu melayang memang kena tepat pada sasarannya.

“Diana!’’ dia menjerit namaku kerana tahu memang kerja kerja aku yang selalu mengusiknya. Aku berpura-pura tidak tahu. Dengan kepala yang masih mamai dia menghampiriku. “Kau yang baling ni kan?’’ dia menunjukkan boneka patung itu yang berada ditangannya. “Bella yang main tadi.’’ Aku menjawap selamba. Dia mencemuh. “Eleh kau ingat aku tak dengar kau cakap apa tadi?’’ ujarnya pula.

“Bella, pimjam kejap yer, mak su nak kejutkan abang Haz.’’ Dia mengulangi kata-kataku tadi. Aku terkedu mendengarkan dua perkataan akhir itu. Abang Haz? Terus merah padam muka aku. “Kau nak apa kejutkan aku?’’ soalan yang keluar dari mulutnya melegakan aku. nasib baik dia tak perasan. “Nak suruh kau main dengan Bella.’’ Kataku. Dia mengangkat tangan. “Sorry, aku tak suka budak-budak.’’ Ujarnya dan ingin sambung tidur.

Aku mulai berang. Nak tidur balik? Memang datang kampung aku untuk bersantai-santai macam ni ker? “Tak suka budak. Eleh, satu hari nanti jadi bapak budak jugak. Masa tu aku akan perli kau cukup-cukup.’’ Kataku geram. Sambil meletakkan tangan di atas kepala dia tersenyum. “Cakap suka budak. Kalau suka beranak sendirilah.’’ Ujarnya pula. “Beranakkan untuk kau?!’’ suaraku meninggi. Dia spontan bangun meniarap memandangku.

“Apa kau cakap? Beranakkan untuk aku?’’ soalnya. Aku terdiam. Bella menjadi tempat untukku mengalihkan perhatian. “Ada hati jugak kau dekat aku ya?’’dia tekekeh-kekeh ketawa. Sakitnya hati aku. kenapalah mulut ni cakap benda yang mengarut macam tu depan dia? Kan dah salah faham. “Kau ni perasanlah. Aku tak ingin pun dengan kau. Kalau semua lelaki dah pupus kat bumi ni pun belum tentu aku akan pilih kau ladi laki aku.’’ tegasku. Dia masih ketawa. Aku  bangun untuk pergi kerana aku memang tak mahu mendengar hilaian tawanya yang boleh memecahkan gegendang telinga aku. Buat sakit hati!

Suasana malam itu memang meriah sekali. Iyalah, bukan selalu sangat keluarga kita dapat berkumpul bersama seperti sekarang ni. Bila dah ramai-ramai macam ni, hatiku mulai sayu teringatkan arwah abah yang hampir 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Sejak kematian abah jugalah aku, ibu dan juga kak Linda tinggal di rumah tok abah. Ya allah, betapa rindunya aku pada abah. Semoga dia dicucuri rahmatMu ya Allah.

“Ni kenapa tetiba saja muka macam tin sardin kemik ni?’’ usik Pak su. Aku terdengar hilaian tawa Hazran. “Eh, tak ada apalah Pak su. D Cuma teringatkan arwah abah.’’ Balasku. Mati terus tawa Hazran mendengarkan jawapanku. Aku melihat wajah ibu, along, dan kak Linda turut berubah. Alah.. ni aku punya pasal lah. Kan dah rosakkan suasana. “Jangan dikenang apa yang berlalu, Inalilahwainalilahirojiun… kita milik Allah s.w.t. yang hidup pasti akan mati, kita yang masih diberi nikmat untuk bernafas dan mengerjakan ibadat untuk ke jalanNya yang kekal abadi. Doakan untuk mereka yang tiada dan jangan dikesalkan apa yang dah ditakdirkan.’’ Mendatar sahaja suara Tok abah menasihati. Aku mengganguk perlahan. Kita milik Allah.

Hari ke 5 sebelum raya..

Hazran kelihatan sibuk bermain laptopnya. Entah apa yang ditengoknya dalam laptopnya itu. Aku cuba mengintai di balik langsir pintu biliknya. “Adoi.. macamana nak bukak facebook kalau line sebijik pun tak ada? Ish! Kuno lah kampung ni.’’ Aku mendengar omelannya. Amboi, sesedap rasa dia jer cakap kampung aku ni kuno. “Apa kau cakap? Kampung aku ni kuno?’’ aku menrejah masuk ke dalam biliknya. Dia terkejut.

“Kau ni apesal hah sesuka hati masuk bilik orang, dah tu curi dengar apa orang cakap.’’ “Kau tu yang kutuk kampung aku. Aku memang pantang kalau bab mengutuk ni.’’ Kataku lagi. Dia mencebik. “Dah memang betul. Zaman kuno tak boleh main internet. Hah! Samalah dengan kampung kau ni.’’ Katanya pula. “Zaman kuno tu tak ada orang nak main internet. Diorang buat amal ibadat.’’ Jawabku. Dia diam. Menahan emosi.

“Habis, memang betul lah kampung kau ni kuno.’’ Dia bersuara lagi. Aku pula yang menahan emosi. Sabar-sabar D.. bulan puasa. Tak baik bergaduh ni, lagi-lagi dengan sepupu yang sememangnya musuh tradisi ni. “Kau nak cari line sangat kan? Kau pergi kat padang, kat situ ada pondok. Hah, kat situ kau boleh lending-lending lepas tu kutip berapa banyak line yang kau nak.’’ Saranku. Jelas dia terkedu.

“Kau sengaja nak kencing aku kan?’’ katanya pula. “Astafirullahalazim….. kencing kat mana pulak ni?’’ aku terkejut. “Dahlah, ikut aku. tunjuk kat mana padang yang ada pondok tu. Aku nak bukak facebook!’’dia mengambil laptopnya sekaligus menarik tanganku. Setiba di situ dia membuka laptopnya. Mukanya tersenyum lebar. “Kan aku dah cakap line memang bertaburan kat padang ni. Aku sorang jer dapat tengok line tu berlari berkejaran dekat sini.’’ Kataku dengan bangga. Dia menjuih bibir.

“Dah tu pergilah balik. Aku tahu jalan balik nanti.’’ Katanya. Angin yang bertiup saat itu terasa panas. Kau halau aku balik? Ini sudah lebih ni… aku mengambil tempat disisinya. “Tak ada maknanya aku nak balik. Jauh-jauh aku datang kat sini kau suruh aku balik. Aku dah tunjukkan tempat ni, so aku nak main laptop kau kejap lagi. Aku pun ada facebook jugak!’’ Kataku pula. Air mukanya terus berubah. “Ee, suka hati kau lah!’’ balasnya acuh tak acuh. Pandanganya sudah beralih ke skrin laptop. Sementara aku hanya memandangnya. Sesekali melihat dengan siapa dia tengah berchating tapi pandai pula dia menutup ruang.

Hampir setengah jam, barulah tiba memberikan laptopnya kepadaku. Dia ingin berlalu pergi dari situ katanya sakit perut. Baru sahaja aku nak tekan log in di laman facebook beteri laptop sudah tinggal 7 peratus. Arghh! kurang asam kau Haz! Beteri dah low baru dia bagi aku? “Hazran!!’’ jeritku tapi dia sudah jauh ke hadapan. Berpaling dan menjelir lidah kepadaku. Hah? Berani dia jelir lidah dengan muka yang buruk tu dekat aku?  Kali ini memang  aku betul-betul tak boleh sabar. Tak apa, kau tengoklah pembalasanku kejap lagi. Tunggu…

Pom! Pam! Pom! Bunyi mercun di halaman rumah. Aku puas hati dapat menyakitkan hati Hazran. mukanya sudah merah padam akibat menahan marah. Dia menutup rapat telinganya sejak dari tadi. “Eh, kau ingat ni dekat pelestin ke hah?!’’ marahnya. Aku mencebik. “Eleh, mercun kotak pun takut, kau ni budak laki ke perempuan?’’ kataku pula. “Tak kisah lah laki ke perempuan, kau tu yang perangai macam jantan. Main mercun macam kera kena belacan.’’ Katanya lagi. Bagai tersirat darah terus ke muka. Aku mulai bengang. Sebatang aku nyalakan lalu ku baling tepat ke arah arahnya. Baru saja kakinya ingin melangkah tapi memang dah meletop di kaki.

“Arghh! Aduhh…’’ dia mengaduh sakit. Alamak! Aku terkedu. Terus jatuh kotak mercun yang ada ditanganku. Kena kat kaki dia lah. Macamana boleh kena tepat pada sasaran ni? Aku berlari anak ke arahnya. “Kenapa kau tak lari tadi?’’ marahku. Aku pula yang rasa nak marah. Iyalah, dah tahu aku nak baling mercun ni kalau perlu larilah macam atlet. “Ke tepilah kau, aduh.. sakitnya kaki aku.’’ dia masih sakit. aku melihat kakinya. Hurm.. tak adalah kuat sangat pun. Merah sikit aje tu. Dasar memang anak manja!

“Kejap aku ambilkan ubat. Manja!’’ aku berlalu ke dalam rumah. Mengambil first aid kid di bilik ibu. “Nak buat apa dengan kotak ubat tu Diana?’’ pertanyaan kak Linda membuat aku tersenyum kambing. “Kenapa?’’ dia buat muka kosong. “D main mercun tadi, terkena Haz. Tapi sikit aje.. dia tu yang manja.’’ Aku memberitahu. Kak Linda sekadar mencebik. “Hmm.. apa-apalah,  manja-manja pun asyik berkepit jugak!’’ selamba ayatnya dan terus berlalu ke dapur. Aku terkedu. Yelah, sejak hari pertama dia ke sini aku dengan dia tak pernah berenggang.

“Sini aku tengok.’’ Aku duduk di sebelahnya. Dia tidak mahu aku sapukan ubat sebaliknya mahu meyapunya sendiri. ‘Manja-manja pun asyik berkepit jugak!’ entah mengapa suara kak Linda berputar bagaikan pita rakaman ditelingaku. Aku menggeleng tanda tidak percaya. Aku mahu segera ingin pergi tapi Hazran menarik tanganku. Ish! Apehal lagi ni?

“Kau belum minta maaf lagi, jangan ingat kau boleh blah macam tu aje.’’ Katanya tegas. Aku ternganga. Minta maaf? Dengan Hazran? ohh… tidak. Ini tak mungkin. Aku ingin menarik tanganku kembali tapi tangannya memang kemas memegang tanganku. “Hoi, sakitlah tangan aku.’’ aduh aku pula.  “Ada aku kisah? Ni bulan puasa tau. Kalau dah buat salah tu, minta maaf lah cepat.’’ Dia mengingatkan. Aku mengeluh lemah. “Yelah, yelah. Aku min-ta ma-af.’’ Kataku  dengan mengejanya perlahan.

Dia melepaskan tanganku. “Aku maafkan, tapi dengan syarat..’’ balasnya. Aku mengeluh lagi. Nak maafkan orang pun kena pakai syarat-syarat? “Syaratnya, jangan kacau atau ganggu ketenteraman aku selama aku kat sini. Anggap saja kalau aku tak wujud.’’ Sambungnya lagi. Aku mencemuh. Kalau boleh anggap dia tak wujud, memang dah lama aku buat. Yela aku pun tak mahu asyik berkepit dengannya seperti yang dikatakan oleh kak Linda.“Okey! Tak ada masalah. Aku pun tak hingin dekat-dekat dengan kau. Tapi satu aje, jangan cari pasal dengan aku. kalau tak, memang aku akan ganggu ketenteraman kau dekat sini.’’ Aku mengingatkan dia.

Hari ke 3 sebelum raya

Ibu, kak Farah, Mak su dengan Pak Su sejak dari pagi lagi ke bandar cari baju raya. Tingal aku, kak Linda, Tok abah dengan Hazran aje kat rumah. Hmmm… terasa bosan pulak kalau tak dapat bergaduh dengan si Haz tu. Tapi dia kemana yer? Sejak dari pagi lagi aku tak nampak batang hidung dia. Jangan-jangan dia memang nak lari dari aku tak? Huh.. kalau kau lari, kau ingat aku nak kejar? Sorry to say lah..

“Diana!’’ pekik kak Linda. Aku mengeluh. Agaknya bila yer David Teo nak terbitkan cerita Tarzan women. Aku teringin jugak nak tengok kak Linda berlakon. Ish.. mesti dapat anugerah pelakon wanita terbaik. Yelah, lakonan dia mesti nampak menjadi apabila dia menjerit. “Diana!!” namaku dipanggil lagi. Hah! Dengar tak? Kalau tarzan dah panggil untuk ke second round maknanya aku akan jadi gorilanya kejap lagi. Ee.. seram tu. Baik aku pergi cepat.

“Yer, ada apa kak?’’ aku menjawap sopan sedangkan tadi sesedap rasa aku mengutuk dia. Mukanya kelihatan berserabut. “Kau ni buat aku sakit tekak aje, panggil kau macam nak panggil orang pekak!’’ omelnya. Aku terkekeh ketawa. Itulah.. kan dah sakit tekak. “Lain kali tak payahlah jadi tarzan kak  oi.. Diana bukannya pekak.’’ Balasku selamba. Muka kak Linda berubah. Dah jadi macam singa.

“Kau cakap aku apa tadi? Tarzan? Meh sini tarzan nak bagi penumbuk. Aku baru habis tengok Kung Fu Hustle semalam, meh sini.’’ Dia menunjukkan buku limanya. “Eh, Diana gurau ajelah. Kak Linda ni, ambik serius sangat.’’aku takut. Kalau dalam Kung Fu Hustle tu mesti kak Linda jadi yang perempuan bersuara macam singa tu. Hahahaha!

“Tu kenapa kau sengih-sengih? Mengata aku?’’ ujar kak Linda lagi. “Eh mana ada.’’ Aku terus mematikan tawa. Macam tahu-tahu aje. “Tapi sebenarnya kenapa kak Linda panggil D tadi?’’ tanyaku pula. Dia diam sekejap. Setelah itu dihulurnya sebilah parang. “Nak buat apa dengan parang ni?’’ tanyaku dengan muka blur.

“Pergi hutan. Cari daun palas nak buat ketupat.’’ Katanya. Aku tercenggang. Aku? cari daun palas? Lelaki dah pupus ke kat dalam rumah ni? Eish.. mengarut aje kak Linda ni. “Kenapa Diana pulak yang kena? Ni bukan kerja perempuan. Nak kena pergi hutan pulak tu. Ee.. tanak lah D.’’ aku meletakkan kembali parang itu ke meja. “Alah, kau bukan pergi sorang.’’ Balasnya. Dia ke sinki membasuh pinggan.

“Dengan siapa?’’soalku. “Tok abah deman. Kau pergi dengan Haz.’’kata kak Linda lagi. Lagi-lagi Hazran! kenapa ni? Macam tak boleh nak pisahkan aku dengan manusia tu walaupun sedetik lebih…. (lagu anuar zain).

“Arghhh… tak nak. Kak Linda ni, kenapa Diana? Kenapa?’’ aku masih belum puas hati. “Sebab kau hari ni rilek-rilek aje, aku hari ni dah kemas rumah, basuh pinggan, hah.. ni kejap lagi nak masak untuk berbuka.’’ Katanya. Aku ternganga. “Kalau begitu lebih baik D buat semua kerja tu tadi daripada ke hutan.’’ Aku tak puas hati. “Tapi malangnya kau tak buat. So, pergi cepat sebelum aku mengamuk. Esok dah nak bungkus lagi. Tak sempat!’’ kak Linda mencekak pinggang. Aku kecut perut melihat dia mencelik mata. Parang dimeja ku ambil dengan penuh kesabaran. Terketar-ketar rasanya nak pegang.

Apa boleh buat. Memang betul pun cakap kak Linda. Aku dari tadi hanya bersantai depan tv dan tak buat apa-apa sedangkan orang lain sedang sibuk buat persiapan raya. Bertemankan Hazran. hmph… dia tu budak bandar. Kalau ikut aku pun bukannya dapat buat apapun. Tapi aku tidak melihatnya di mana-mana. Kata kak Linda tadi suruh pergi dengan dia.

“Ni yang buat aku hangin ni…’’ aku membebel sambil memandang sekeliling kawasan rumah. Tiba-tiba aku terpandangkan sekujur tubuh manusia yang sedang tidur di atas buaian di bawah pokok rambutan. ‘amboii… sedapnya si Haz tu tidur. Tunggu kau!’ aku menunjukkan parang ke arahnya. Tapi langkahku terhenti.

‘jangan kacau atau ganggu ketenteraman aku selama aku kat sini.’ Ia terimbas diingatan. Aku hanya berjalan perlahan dan berfikir bagaimana untuk kejutkan dia tanpa membuat dia rasa terganggu. Eh, kenapa aku boleh jadi baik ni? Tak. Ini bukan Diana nih. Aku menepuk pipi. Mukanya ditutupi dengan buku. Dari pandangan aku ia dalam keadaan terbalik. Sebaik membaca ejaanya membuat aku ketawa habis-habisan. Ombak Rindu?!! Hahaha….

Sebaik mendengar dentuman tawaku dia mengalihkan bukunya. Melihatku terus membuat dia moody. Matanya ingin dipejam lagi tapi aku pantas menunjukkan parang kepadanya dan dia terus bangkit seperti terkena kejutan elektrik. “Kau dah gila ke sampai nak bunuh orang?’’ dia marah. Aku tertawa lagi. Bunuh orang? Ya!  kaulah orang pertama yang akan aku bunuh kalau kat negara ni tak ada undang-undang. Otak sempitlah kau ni Haz! Desisku.

“Parang ni bukan nak bunuh orang, tapi nak buat kerja menebas. Kalau nak bunuh orang macam kau ni, aku tak nak pakai parang ni, leceh. Aku pakai senapang gajah. Lagi senang!’’ kataku pula. Dia mencemuh. “Dah aku pesan kan, jangan ganggu ketenteraman aku? tak faham-faham jugak kau ni kan?’’ ujarnya geram. “Excuse me, bukan aku berniat nak ganggu kau. Cuma tugas aku adalah untuk mengajak kau ikut aku ke hutan.’’ Aku menjelaskan. Dia tertawa.

“Haa.. tempat kau memang sepatutnya kat hutan. Tapi tolonglah jangan nak bawak aku sekali.’’ Katanya. Aduh.. sakitnya hati ini. Bagai dihiris-hiris. “Pergilah. Tadi kata nak pergi hutan. Oh ya, nanti kirim salam dekat saudara-saudara kau yang kat hutan tu.’’ujarnya lagi. Bagai tersirap darahku ke muka. Panasnya!

“Sebelum aku hemtam kau dengan parang ni baik kau bangun cepat dan ikut aku!’’ aku sekali lagi menunjukkan parang itu dengan mukaku yang bengis. Dia kelihatan terkedu dan takut. Langkahku terus pergi. “Buat apa lagi tu? Cepat sikit!’’ arahku. Dia terus bangun dan mengikut langkahku. Aku bersorak keriangan. Tapi dalam hati jer. Kalau bersorak betul nanti dia tak jadi ikut aku pulak. Ha, tau pun takut. Lain kali jangan sesedap rasa kau nak mengata aku. 

Seperti aku tengah berjalan dengan seekor siput. Kut yer pun puasa, orang lain pun puasa jugak! Aku melihat langkah kaki Hazran seperti ‘dilangkah mati mak diundur mati bapak’ jer aku tengok. Namun, aku diamkan aje. Aku dah letih asyik bertekak dengan dia. Dah letihhhh…..
Aku akhirnya tiba dihutan. Gulp! Ketakutan. “Kenapa kau berdiri kat situ? Ikut aku amik daun palas ni.’’ Aku merunding jari ke pohon daun itu. Dia memandang sekeliling. “Tak bahaya ke hutan ni?’’ suaranya kedengaran pelik. Dia tengah takut ke ni? Atau sengaja nak mengenakan aku? “Bahaya apa kebendanya?’’ ujarku pula. Aku sudah mula mencantas daun semak yang begitu menyemakkan perjalanan aku. “Harimau.’’jawapnya sepatah. Aku terkedu. Mulut dia ni kan… tak reti nak insuranskan.

“Pak Mau puasa! Lagipun dia tak lalu nak makan kau.’’ Aku sedang menyedapkan hati yang tadinya ketakutan. Cepat-cepat aku menyiapkan kerjaku. Selesai itu aku menyuruh Hazran untuk mendapat daun palas di seberang sana pula kerana yang aku dapatkan ini belum cukup kalau nak makan banyak ketupat. Dia mahu tak mahu terpaksalah sendirian. Tiba-tiba aku terdengarkan jeritannya. Akibat terlalu panik  berlari ke arahnya tapi aku pula yang  jatuh tersungkur. Aku melihat ke arahnya dan dia sedang ketawa. Aku terasa begitu dipermainkan sedangkan tadi aku begitu panik fikirkan keadaannya. Airmata yang mengalir lantas ku sapu dengan belakang tapak tangan. Sampai hati kau buat aku macam ni Haz!

“Diana, Diana, tunggulah kau nak pergi mana tu?’’ dia memanggil aku tapi aku tetap pergi. Hati aku ni entah mengapa terasa begitu sakit. Titisan airmata yang mengalir bagaikan tiada mahu berhentinya dari pipi. Aku terasa seperti orang bodoh. Langkahku masih dikejar olehnya. “Diana! Aku mintak maaf.’’ Dia menarik lengganku. Aku menepisnya kuat. Dia seperti terpana melihat aku menangis. Aku terus berlari pergi meninggalkan dia di situ.

“Cepatnya kau balik D?’’ tegur kak Linda. Aku menghiraukan dan terus ke bilik. Pada saat sebegini aku lebih menginginkan untuk sendiri. Menenangkan diri. “Mana Hazran? daun palas mana?’’ kak Linda masih lagi meliar mengintai kelibat sepupunya itu. Aku mengunci diri di bilik. Beberapa kali jugalah kak Linda memanggil tapi aku telah memasukkan earphone ke telinga dengan mendengar lagu-lagu rancak. Itu yang selalu aku buat tiap kali aku terasa sedih. Akhirnya aku terlelap di situ.

Sebaik sahaja tiba waktu berbuka, ibu mengajakku turun makan. Pada awalnya aku tidak mahu turun kerana tidak mahu melihat Hazran. Aku malu dengan perangaiku tadi yang tetiba aje touching. Tapi tahu-tahulah ibu aku tu macamana orangnya. Dia kalau bab pujuk-memujuk memang aku kalah dengannya. Setiba di meja makan aku tidak nampak kelibat Hazran. Pak Su dengan Mak su pun tiada di meja makan. Aku nak bertanya tapi mulut ini bagaikan digam dengan gam cap gajah. Akhirnya aku diam sehinggalah selesai makan.

“Macamana boleh kena Linda?’’ tanya tok abah. “Manalah Linda tahu tok, budak berdua ni pergi. Lepas tu sorang balik ok macam tak ok, yang sorang lagi tu balik, tak ok terus.’’ Kata kak Linda. Ish! Diorang tengah cakap pasal siapa ni kejap ok kejap tak ok? Pasal aku ke? Desisku. Tok abah memandang ke arahku pula. “Macamana Haz tu boleh kena patuk ular Diana?’’ pertanyaan Tok abah membuatku kelu tidak terkata. Hazran kena patuk ular? Bila masanya dia kena patuk ular?

“Diana tak tahu tok abah, masa Diana balik rumah dia ok je.’’ Balasku yang masih terpinga-pinga. Bagaikan tidak percaya. “Habis tu, kenapa kau balik sorang2?’’ kak Linda pula yang mengajukan soalan itu kepadaku. Aku terdiam sedangkan semua orang menantikan jawapanku. “Dia mengenakan Diana. D pun merajuk balik lah.’’ Kataku perlahan. Kak Linda mencemuh. “Oh patutlah balik terus kurung diri dalam bilik. Kau tau tak, si Haz tu balik dengan bawa daun palas, dengan parang lagi, dengan kaki dia yang terluka. Berkali-kali dia panggil kau. Kau senyap je. Aku ingatkan luka biasa aje, tiba-tiba aje dia rebah. Masa tu baru dia cakap yang dia kena patuk ular.’’ Cerita kak Linda. Aku terasa sebak. Sampai begitu sekali? Rasa bersalah pulak tinggalkan dia sorang-sorang tadi. Kenapalah semua boleh jadi begitu rumit?

2 hari sebelum hari raya..

Tinggal lagi 2 hari nak beraya tapi macam-macam yang dah berlaku dalam hidup aku. Hari ini aku bersama along ke hospital untuk menjengguk Hazran. jantung aku ni berdegup laju sejak tiba di perkarangan hospital. Apa aku nak cakap bila berhadapan dengan dia nanti? Nak minta maaf? Ish..

Setiba di wad lelaki, kaki ini bagaikan tidak mahu melangkah lagi. Along menarikku ke dalam dan dari jauh aku sudah melihatnya. Menyandar di katil hospital sambil membaca buku novel ombak rindu. Aiseh… ombak rindu jugak kau time-time macam ni? Aku memandang kakinya yang berbalut. Kesiannya…

“Hazran?’’ tegur along. Dia menjatuhkan bukunya. Dia terkejut melihatku. “Diana..’’ ujarnya perlahan. Along dah terkekeh ketawa. “Hmm.. aku keluar dulu lah. Kehadiran macam tak diperlukan aje.’’ Usik along dan terus pergi meninggalkan aku dan Hazran di situ. Aku diam. Tidak seperti biasanya kalau bersua dengan Hazran pasti akn pot pet pot pet 24jam. Melawan mulut dan tak akan mengalah.

“Kau masih marahkan aku ke?’’ dia akhirnya memecah kesunyian kami. Aku menggeleng. Mulut aku ni dah tak ada suara ke? Desisku. “Aku tahu aku salah, sebab tu Allah turunkan balasan kat aku. terlantar dekat sini.’’ Dia memandang kakinya. “Tak adalah. Aku ni yang terlalu emotional sangat.’’ Akhirnya aku bersuara. Dia tertawa. “Tahu emo jugak kau ni yer?’’ dia memerli. Aku pun turut tertawa. “Tahulah! Apa ingat aku ni alien?’’

“Ada jugak. Sikit-sikit.’’ Jawapnya. Aku menumbuk bahunya. Kami bergelak katawa dan lupakan segala sengkata. “Panjang umur lagi lepas kena gigit ular tu yer?’’ aku seakan tidak percaya. “Yer, masih diberi kesempatan untuk bersama dengan kau lagi.’’ Balasnya. Aku terkesima mendengarnya.  Bersama dengan aku? bersama dari segi apa tu?

“Dah. Tak payah nak buat muka blank macam tuh. Kau nak bersama dengan aku tak?’’ dia mengajukan soalan yang bagiku sangat tak masuk akal. “Haz? Kau mabuk eik? Nurse bagi kau telan pil kuda ke?’’ aku tertawa kecil. Hazran menyentuh tanganku. “Aku mabuk, tapi mabuk cinta..’’ ayatnya. Wah! Kat mana dia copy ni. Aku terus menarik tanganku. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit.

“Kau jangan nak mengarut Haz, dah mereng otak kau ni..’’ aku menolak kepalanya dengan jari telunjukku. Dia tertawa. Untuk seketika dia memandangku lama.  “Aku tak tahu. Tapi lepas aku tengok airmata kau, hati aku bagaikan ditusuk belati tajam. Aku kena patuk ular masa tu pun aku tak fikirkan kesakitan aku. Bagi aku, kau lebih penting. Aku balik rumah dengan keadaan yang macam tu, panggil kau tapi kau tak menyahut. Masa tu baru aku tahu, aku sebenarnya sayangkan kau Diana.’’kata-katanya bagaikan membuat detak jantungku berhenti. Aku melihat katil kosong di sebelah, agaknya aku bolehlah check in hospital ni jugak sebab aku rasa kepala aku ni dah pusing. Rasa macam nak pitam aje ni..

Malam raya..

Entah mengapa agaknya raya tahun ini ku rasakan sangat bahagia. Kenapa yer? Adakah kerana Hazran? mungkin ya. Sikap dia sudah seratus peratus berubah terhadapku. Entah kemana hilangnya si Hazran yang dulu. Tak sia-sia aku emotional hari tu.

Aku duduk sahaja di atas tangga dengan melihat budak-budak sedang bermain bunga api. Terasa shadunya dihati apabila mendengar seruan takbir yang bergema. “Diana, jom main mercun ni.’’ Ajak Hazran. aku bagaikan tidak percaya. Biar betul mamat ni? “Tak payahlah. Nanti hangus pulak kain kau. Kaki tu kan masih sakit lagi.’’ Saranku. Muncungnya dah 14 inci. Boleh buat ampaian agaknya.

“Nah. Kita main yang ini ajelah.’’ Aku menghulurkan dia seputung bunga api. Dia sekadar mengganguk. “Haz,’’ panggilku.“Ya.’’ Jawapnya sepatah. Dia ralit bermain bunga api itu. “Tak rasa macam kera kena belacan ke main bunga api ni?’’ pertanyaanku mencetuskan ketawa kami berdua.

                                                    ~TAMAT~

*******

p/s : Hi assalamulaikum.. harap korang sukakan happy ending nih! Cerpen pertama. Hope ada yang suka. Kalau tak suke pun buat2 lah suka. Huhuhuk. Thank you sebab baca ‘Sebenarnya Aku Sayang Kau!’